Berkuatkuasa 1 Disember 2011 TNB akan mengenakan 1% Levi atas Bil pengguna.
Perlaksanaan Sistem Tarif Galakan (Feed – In Tariff / Fit) dan kutipan Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu (TBB) sebanyak 1% daripada bil elektrik pengguna yang melebihi 300kWj sebulan telah dijadualkan berkuatkuasa mulai 1 Disember 2011.
FiT adalah satu mekanisme yang membenarkan
tenaga elektrik yang dijana daripada sumber TBB oleh pemaju bebas dan
individu dijual kepada syarikat utiliti bekalan elektrik pada kadar
harga jualan atau tarif premium untuk satu tempoh yang telah ditetapkan.
Bagi menggalakkan pembangunan penjanaan
tenaga elektrik daripada sumber TBB ditubuhkan di mana pihak kerajaan
akan mengenakan 1% caj terhadap penggunaan elektrik bagi tujuan
pengumpulan dana tabung tersebut. Surcharge ini dinamakan “Dana Kumpulan Wang TBB” dan akan dipaparkan dalam bil elektrik pengguna.
Dana yang dikutip oleh TNB ini akan disalurkan kepada kerajaan iaitu Sustainable Energy Development Authority (SEDA) bagi tujuan pembangunan sumber TBB dibawah Skim FiT.
Apakah FAEDAH TBB dan FIT kepada pengguna dan Negara?
- Alam Sekitar – Penjanaan tenaga elektrik dari sumber TBB adalah langkah yang mesra alam. Sumber tenaga elektrik dari TBB mengeluarkan Gas Rumah Hijau (GHG) pada tahap minimum atau tanpa pelepasan (Zero emission) GHG. Kualiti kehidupan akan meningkat dengan alam sekitar yang lestari.
- Ekonomi – FiT memberi pelunag kepada semua lapisan masyarakat terlibat dalam penjanaan TBB termasuk pemilik rumah melalui pemasangan sistem solar fotovolta (PV) yang merupakan pelabur terbaik.
- Amalan kecekapan tenaga dapat mengurangkan perbelanjaan bil elektrik pengguna – Pengguna yang menggunakan elektrik kurang daripada 300kWj sebulan tidak perlu menyumbang kepada kumpulan Wang TBB bagi perlaksanaan FiT. Bilangan unit penggunaan elektrik akan berkurangan, seterusnya bil elektrik juga akan berkurangan. Pengguna masih boleh menikmati cara hidup yang sama dengan menggunakan tenaga elektrik secara bijak dan produktif.