Showing posts with label BERITA KAMPUNG. Show all posts
Showing posts with label BERITA KAMPUNG. Show all posts

Monday

Pusat Budaya Di Klang Pelihara Warisan Komuniti

KLANG, 01 JULAI : Dalam usaha memperkasakan pembangunan di Klang, Kerajaan negeri Selangor akan menubuhkan tiga pusat kebudayaan di sepanjang Sungai Klang dengan mengambil kira pandangan rakyat.

Pusat kebudayaan yang merangkumi tiga kaum majoriti iaitu Melayu, Cina dan India itu bertujuan mengembalikan kegemilangan bandar diRaja Klang sebagai kawasan bersejarah.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, lokasi bagi ketiga-tiga pusat kebudayaan itu telah dikenalpasti, iaitu Bandar Klang (Taman Kebudayaan Cina), Kampung Pandan (Taman Kebudayaan India) dan Kampung Kuantan (Taman Kebudayaan Melayu).

“Pembinaan pusat kebudayaan di Klang ini adalah sejajar dengan misi dan visi kerajaan Selangor untuk menambahbaik pembangunan Klang yang agak ketinggalan berbanding daerah lain di negeri ini.

“Ia juga adalah salah satu inisiatif permulaan untuk menunjukkan bagaimana kemajuan di daerah ini dapat dilakukan,” katanya.

Abdul Khalid berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Pameran Pusat Kebudayaan Negeri Selangor di AEON Bukit Raja, di sini semalam.

Hadir sama, Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Teng Chang Khim dan barisan exco Selangor yang terdiri daripada Rodziah Ismail, Elizabeth Wong, Dr Xavier Jayakumar, Teresa Kok, Yaakop Sapari dan Ronnie Liu.

Pameran yang berlangsung selama lima hari bermula 27 Jun hingga 1 Julai itu mempamerkan warisan kebudayaan sebagai salah usaha untuk menghayati dan mendekati adat resam pelbagai kaum.

Pada majlis sama, kerajaan negeri turut mengedarkan borang soal selidik maklumbalas kepada pengunjung untuk digunapakai dalam menjana penambahbaikan pembangunan di Sungai Klang.

Tambah Abdul Khalid, pusat kebudayaan itu dapat menjadi tarikan pelancong dari dalam dan luar negara selain memelihara warisan untuk generasi akan datang.

“Setiap pandangan daripada rakyat memberi makna besar kepada pembangunan di negeri ini. Pembangunan hanya dapat dilakukan jika kita saling bekerjasama,” ujarnya.

sumber:http://www.selangorku.com/?p=10412

Friday

Darah, parang dalam kereta

KLANG - Sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Nazaria yang dilaporkan hilang tiga hari lalu di Petaling Jaya berjaya ditemui di kawasan Taman Perumahan Kampung Kuantan petang kelmarin.

Ia ditemui dua anggota peronda dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara yang sedang melakukan rondaan.

Bagaimanapun penemuan kenderaan itu menjadi tanda tanya apabila sebilah parang dan beberapa titisan darah turut ditemui dalam kereta dan juga di bahagian pintu kenderaan tersebut.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Superintenden Mohamad Shukor Sulong berkata, sebelum penemuan itu Bilik Gerakan IPD Klang Utara telah menerima maklumat laporan kehilangan kenderaan tersebut.

“Tindakan pantas anggota peronda kita yang kebetulan melakukan rondaan di kawasan itu sekitar jam 2.30 petang itu telah menemui kenderaan tersebut dengan nombor pendaftaran sama tersadai di kawasan taman perumahan Kampung Kuantan.

“Kedua-dua anggota segera mendekati kenderaan itu bagaimanapun pemandu atau penumpang kenderaan tidak kelihatan. Kereta itu juga turut berkunci.

“Sebaik berjaya membuka pintu kenderaan berkenaan, anggota kita segera melakukan pemeriksaan ke atas kenderaan itu dan terkejut menemui titisan darah pada pintu bahagian pemandu dan juga atas kerusi milik pemandu,” katanya.

Tambah mengejutkan, menurutnya, sebilah parang turut ditemui yang disorok di bawah kerusi pemandu.

“Selain itu, beg tangan wanita dan juga beberapa jenis aksesori milik wanita serta buku pembelajaran (sekolah) turut ditemui dalam kenderaan itu.

“Justeru itu, kereta berkenaan dibawa ke IPD Klang Utara untuk siasatan lanjut,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Beliau berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan kenderaan itu telah dilarikan di Petaling Jaya untuk tujuan jenayah.

“Namun begitu, polis masih melakukan siasatan lanjut berhubung penemuan kenderaan itu, titisan darah dan juga parang terbabit.

“Kes ini diserahkan kepada Pegawai Penyiasat IPD Petaling Jaya memandangkan kenderaan itu dilaporkan hilang di kawasan itu,” katanya.

Sumber : Sinar Harian

Sunday

Shamensi Holdings Sdn Bhd-Strategi Jadi Modal Niaga

“Kata orang, bisnes mesti keluarkan modal, idea dan jaringan. Bukan tak boleh bisnes, tetapi tidak cukup kuat kalau tidak disertai strategi.

“Dengan adanya strategi, berniaga tidak perlukan semua itu. Itulah modal saya selama ini,” kata Ketua Pengawai Eksekutif Shamensi Holdings Sdn Bhd, Hishamudin Mohamad, 39.

Memulakan perniagaan dengan modal RM1,000 yang diperoleh daripada wang biasiswa pengajian di universiti, Hishamudin kini meraih keuntungan berlipat ganda.
Selepas 18 tahun dalam dunia perniagaan dan umur hampir mencecah 40 tahun, pemilik syarikat penyedia kelengkapan Muslim dan pasar raya 24 jam ini berhasrat melihat kebolehan berniaga dimilikinya memberi manfaat kepada masyarakat dan agama.

Meneliti senarai anak syarikat diterajui Hishamudin, terasa bagaikan perniagaan adalah sesuatu yang mudah baginya. Tambahan pula, slogan ‘business is simple’ turut tertulis pada kad perniagaan dan seorang kakitangannya turut mengiyakan telahan itu.

Hishamudin mengakui cabaran sememangnya ada, khususnya kekangan modal dan pengetahuan dalam teknologi. Apapun, banyak kekurangan dan kelemahan yang ada dapat diatasi menerusi strategi bijak.

Untuk ilmu perniagaan, beliau menggunakan strategi terbaik dari Timur dan Barat selain ditambah nilai Islam. Baginya, keputusan perlu cepat dan tepat. Beliau turut merancang menubuhkan satu syarikat setiap bulan meliputi pelbagai bidang.

“Setiap manusia dikurniakan Allah dengan kelebihan dan saya diberikan kebolehan berniaga. Saya ingin gunakan kelebihan yang Allah kurniakan untuk membantu menegakkan agama Allah.

“Saya memegang kata-kata guru saya, kalau kita kejar dunia, dunia akan lari. Jika kita kejar akhirat, dunia akan kejar kita,” katanya.

Menurutnya, ada empat kategori kerja iaitu bekerja makan gaji, bekerja sendiri, orang bekerja untuk orang itu dan keempat, duit bekerja untuknya. Bagaimanapun, beliau tidak mahu sampai ke tahap empat, sebaliknya mahu bekerja untuk agama.

Hishamudin tidak pernah makan gaji walau sehari kerana dari awal lagi beliau berniaga. Darah orang berniaga begitu kuat mengalir dalam dirinya.

Arwah ibu bapanya, Madiah Akasah dan Mohamad Ismail menjalankan perniagaan runcit menerusi pembukaan tujuh rangkaian Muhammad Store di Klang. Apabila cuti semester, beliau menguruskan perniagaan keluarga. Malah, sejak tahun pertama pengajian di Universiti Malaya lagi, beliau terbabit dengan perniagaan. Setiap kali pesta konvokesyen, beliau berpakat dengan rakan dan menyewa empat hingga lima gerai. Satu gerai menjual jubah yang dijahit kakaknya, satu lagi menjual barangan keluaran Bumiputera, jagung bakar serta tom yam.

“Pada waktu sama, saya membekalkan bahan mentah kepada 20 gerai tom yam di pesta konvokesyen itu. Apa saja keperluan mereka seperti ikan, ayam, rempah dan sayur, saya sediakan. Untuk pesta selama empat hari, keuntungan diperoleh mencecah RM10,000 melalui perancangan selama sebulan,” katanya.

Ketika di tahun dua pengajian, kakaknya, Jamaliah yang mempunyai kedai jahitan bagi tempahan jubah terpaksa meninggalkan perniagaannya kerana menghadapi masalah.

Disebabkan sayangkan perniagaan itu, Hishamudin mengambil alih tetapi menukar strategi dengan menjual jubah siap. Apabila perniagaan itu bertambah maju iaitu melalui pembukaan bengkel di Klang dengan lima tukang jahit, beliau memanggil semula kakaknya bagi menguruskan bengkel jahitan berkenaan.

“Pesan orang tua yang saya ingat sehingga kini ialah, budi bahasa tidak pakai modal. Jangan sombong dan kalau tidak tahu senyum, jangan berniaga,” katanya yang mengambil jurusan Asasi Sains dan Sains Komputer di UM.

Ramai mengatakan, orang berniaga perlu mengambil risiko, namun bagi Hishamudin kenyataan itu kurang tepat.

“Bagi saya, perkataan tepat ialah bijak mengendalikan risiko. Misalnya, ketika gawat, strategi perlu diubah supaya perniagaan tidak jatuh,” katanya.

Hishamudin berkata, situasi sama pernah dilalui bapanya yang ingin mengembangkan perniagaan dari Klang ke Cheras. Pada awalnya, bapanya membuka perniagaan kelengkapan beribadat umat Islam, namun disebabkan waktu itu penduduk belum ramai dan permintaan kurang, bapanya menukar kepada perniagaan runcit iaitu Pasaraya Pak Aji.

“Ini contoh menyelesaikan masalah pelanggan dan mendapat kepercayaan pelanggan. Bayangkan jika kita cuba jual makanan di rumah orang kenduri,” katanya.

Pasaraya Pak Aji pernah mengalami kemerosotan apabila bapanya meninggal dunia pada 1998. Pada 2000, beliau menukar strategi menjadikan ia pasar raya beroperasi 24 jam, harga kompetitif dan pasar segar. Pasar raya itu turut memasarkan produk halal keluaran Muslim.

Kini Shamensi ada beberapa cawangan, antaranya Ampang, Bandar Tun Hussein Onn, Green Town Mall dan Greentown Nova, Ipoh.

Mengikut perancangan, Shamensi dan Pasaraya Pak Aji akan difrancaiskan mulai tahun depan. Kos bagi francais ialah antara RM300,000 hingga RM400,000 dan institusi kewangan terkemuka sanggup memberi pinjaman bagi program itu. Beliau mensasarkan dua tahun bagi melahirkan 200 francais.

Hishamudin turut menawarkan peladangan kontrak bagi sayuran, limau, serai dan cili padi kepada yang berminat. Bahan berkenaan akan dipasarkan di rangkaian Pasaraya Pak Aji yang akan dibangunkan di seluruh negara.

“Melalui syarikat kami, Total Solution Agro Biz Consultant Sdn Bhd, kita memberi peladangan kontrak, khidmat nasihat sebelum menanam dan ketika menanam, khidmat geran permulaan, teknik pertanian, pasaran selamat dan terjamin serta harga yang menguntungkan,” katanya.

Hishamudin yang mempunyai 150 kakitangan turut melatih mereka menjadi usahawan dengan menjadi rakan niaganya.

“Saya tidak mahu orang bekerja dengan saya, tetapi mahu mereka berniaga dengan saya. Saya banyak perniagaan dan tidak mahu tamak. Saya tidak mahukan dunia tetapi mahu bekerja kerana akhirat, iaitu dapat memberi manfaat kepada orang lain,” katanya.

Tahun depan, beliau merancang membangunkan kilang pakaian Muslim yang lebih besar dengan 300 pekerja manakala pada 28 Jun ini, akan diadakan majlis pecah tanah hub halal terbesar di dunia di tapak seluas 1.6 hektar.

Hishamuddin dengan usaha sama rakan kongsi juga dalam usaha mewujudkan perkampungan Islam di Pinggiran Putra, Putrajaya di kawasan seluas 2.4 hektar.

Sebanyak 20 lot banglo akan dibina di kawasan berkenaan, selain masjid dan menara yang boleh melihat kawasan Putrajaya. Di tapak berkenaan juga akan didirikan hotel. Projek berkenaan akan dimulakan pada Januari 2010.

Profil Usahawan Kreatif

NAMA: Hishamudin Mohamad

UMUR: 39 tahun

JAWATAN: Ketua Pegawai Eksekutif Shamensi Holdings Sdn Bhd

SYARIKAT: Shamensi Clothing Sdn Bhd; Shamensi Garment Sdn Bhd; Shamensi Islamic Hotel Sdn Bhd; Pak Aji Marketing Sdn Bhd; Pak Aji Holdings Sdn Bhd; Pasaraya Pak Aji Sdn Bhd; Al-Husaini Sdn Bhd; Simple Technologies Sdn Bhd; Latest Technologies Sdn Bhd; Green Ideas Printing & Advertising Sdn Bhd; Jom Halal Event Management Sdn Bhd; Koperasi Pengedaran Produk Muslim Bhd; Shamensi International Islamic Business School (Unisel) dan Total Solution Agro Biz Consultant Sdn Bhd

ASAL: Kampung Kuantan, Klang

ISTERI: Rozlina Md Nasir

ANAK: Aina Syuhaidah (14); Firdaus Husaini (12); Anwar Husaini (11); Ainin Nadiah (9); Nisa Syakirah (7); Nuraliah Huda (6), Muhammad al-Husaini (4) dan Ainur Mardhiah (3)

Tips Usahawan Kreatif
Jika penuntut lain menumpukan sepenuh perhatian terhadap pelajaran ketika menuntut di menara gading, Hishamudin pula bukan saja giat berniaga di kolej dan ada perniagaan sendiri, malah turut memikul tanggungjawab sebagai suami.

Dalam usia 22 tahun, anak ke-10 daripada 11 beradik itu nekad berkahwin dengan pilihan hatinya, Rozalina Md Nasir, 39, biarpun masih bergelumang dengan buku.

Bagaimanapun, memikul tiga tanggungjawab sekaligus iaitu penuntut, usahawan dan suami bukan masalah bagi Hisamudin kerana beliau bijak merancang.

Isterinya yang kini menunggu masa untuk melahirkan anak ke-10 dikenali ketika sama-sama menuntut di Universiti Malaya.

Rozlina yang mengikuti kursus perubatan pada mula menangguhkan pengajiannya apabila mengandung dan melahirkan anak mereka pada tahun empat pengajian.

Bagaimanapun, selepas hidup berkeluarga, hasrat menamatkan pengajian dikuburkan begitu saja demi memberi tumpuan kepada keluarga. Bagaimanapun, anak sulung mereka meninggal dunia ketika berusia empat bulan.

"Disebabkan tidak menjadi doktor, isteri membantu saya membangunkan syarikat. Bagaimanapun, sampai satu tahap, dia kini menumpukan sepenuh perhatian terhadap rumahtangga iaitu menjadi isteri dan ibu. Tambahan pula keluarga kami semakin besar, manakala syarikat ada kakitangan yang menguruskan bahagian masing-masing," katanya.

Biarpun sibuk dengan perniagaan, Hishamudin yang minat membaca tetap meluangkan masa mencedok ilmu daripada buku.

"Orang berniaga macam saya mana ada masa baca buku. Saya baca tajuk utama dan tajuk dalam setiap bab bagi mengetahui kandungan buku. Saya juga memberi buku yang dibeli kepada kakitangan untuk dibaca dan saya akan bertanya apa yang mereka peroleh daripada pembacaan itu.

"Itu caranya saya mendapat ilmu daripada pembacaan buku. Jika tidak, saya juga membaca buku pada jam 3 atau 4 pagi," katanya.

Petikan Metro Ahad

Saturday

PROGRAM BUMI HIJAU


Majlis bermula dengan bacaan doa selamat oleh Alfadil Ustaz Hj Mat Akhir Hj Senawi. Seterusnya dengan ucapan dari yang berusaha Tuan Haji Saleh Mohamad selaku Pengerusi JKKK Kg Kuantan,Klang.


Diikuti dengan ucapan dari wakil Pegawai Pertanian Daerah Klang En Muhamad Kamal Abd Kadir. Menurut beliau, matlamat utama Program Bumi Hijau ialah untuk melibatkan penduduk negara ini bercucuk tanam dan menternak bagi mengeluarkan sendiri bahan makanan harian. Langkah ini juga diharap dapat meningkatkan bekalan bahan makanan negara disamping membendung kesan kenaikan kadar inflasi serta meringankan beban kewangan penduduk akibat kesan kenaikan harga barangan makanan.

Majlis di hadiri seramai 150 orang dan mereka ini telah diberi taklimat/kursus singkat pertanian cara-cara menanam sayur dengan betul oleh En Johari Yusof selaku Pembantu Kanan Pertanian Daerah Klang.
Seterusnya ucapan perasmian dari Ybhg Dato Ahmad Nawawi Dato M.Zin selaku Pengerusi Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen Shah Alam. Dalam ucapan beliau, YB Dato’ berharap agar program sebegini akan dapat mewujudkan kesedaran dan menggalakkan penduduk di kariah Kg. Kuantan, Klang ini mengeluarkan sendiri makanan segar, berkhasiat dan menerapkan amalan makanan dan pemakanan sihat. Di samping itu ia juga secara tak langsung dapat menyemai minat generasi muda terhadap bidang pertanian. Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen Shah Alam dan Jabatan Pertanian Daerah sedia membantu dalam bidang berkaitan.

Peserta-peserta kemudian telah di bekalkan benih (cili,terung,kacang panjang,bendi,sawi dll) baja, racun, polibag dan tanah hitam sebagai starter kit. Selepas dua minggu AJK JKKKP akan membuat lawatan untuk meninjau kemajuan peserta-peserta.

Beberapa gerai pameran berkaitan pertanian moden dan jualan anak benih dan produk IKS juga disediakan.

Majlis tamat jam 5.30ptg.


Untuk foto-foto berkaitan sila layari kamkuan.fotopages.




Sunday

PERTANDINGAN MEMANCING TERTUTUP KG KUANTAN, KLANG 2009

Siapa cakap Sungai Kelang takda ikan...tengok nie...Pertandingan yang julung kali diadakan bertempat di Benteng Sungai Kelang berhampiran kunci air Taman Kampung Kuantan, Klang mendapat sambutan di kalangan kaki pancing tempatan.


Juara Pertandingan-tangkapan ikan patin 7 kg


Pemenang kedua-tangkapan labi-labi 5 kg


Pemenang ketiga-tangkapan ikan keli 550 gm


Pemenang keempat-tangkapan ikan keli 500gm


Sebahagian AJK Pertandingan


Untuk melihat foto-foto selanjutnya, layari kamkuan.fotopages.com

Tuesday

Kampung Kuantan lancar kempen perangi aedes

KLANG 10 Feb. - Penularan wabak denggi di negara ini semakin membimbangkan dengan jumlah kematian yang meningkat.

Menyedari akan bahaya wabak yang boleh meragut nyawa ini telah mendorong penduduk Kampung Kuantan menjalan kegiatan gotong-royong untuk membersihkan sekitar kawasan perumahan mereka baru-baru ini.

Program sempena kempen kesedaran aedes ini adalah hasil kerjasama jawatankuasa penduduk Kampung Kuantan, Majlis Perbandaran Klang (MPK) dan Pejabat Kesihatan Daerah Klang.

Sempena kempen kesedaran denggi ini juga, sebuah pameran disediakan kepada penduduk kampung oleh Pejabat Kesihatan Daerah tentang maklumat wabak berbahaya itu.

Dalam pada itu, Jabatan Kesihatan Daerah dalam kempen ini juga akan mengadakan semburan bagi menghapuskan nyamuk aedes di sekitar kawasan kampung tersebut.

Menurut ahli majlis MPK, Razali Hassan, program gotong-royong itu dianjurkan untuk menunjukkan kepada masyarakat betapa pentingnya penjagaan kebersihan di sekitar kawasan perumahan mereka.

Katanya, program seperti ini juga adalah untuk menimbulkan kesedaran akan bahaya nyamuk aedes yang kini telah mencetuskan wabak denggi di sekitar kawasan ini.

"Dengan kerjasama yang telah dijalankan ini diharap dapat memupuk kesedaran penduduk kawasan sekitar untuk menjaga kebersihan kawasan rumah sendiri terutamanya.

"Dengan adanya program yang proaktif seperti ini secara tidak langsung akan dapat mengurangkan risiko pembiakan nyamuk aedes di sekitar kawasan ini," katanya.

Menurutnya, sepuluh kes kematian denggi telah dilaporkan di kawasan berhampiran iaitu di Kampung Bukit Kuda dan kawasan sekitarnya, jadi tindakan berjaga-jaga perlulah diambil segera.

Bagi Ketua Kampung Kuantan, Mohd. Jamil Harun, gotong-royong sempena kempen aedes ini akan dapat memupuk semangat perpaduan di kalangan penduduk.

"Dengan semangat bekerjasama seperti ini akan membolehkan kerja-kerja pembersihan sampah-sarap di sekitar kawasan perumahan ini dapat dilakukan dengan lancar," katanya.

Jelasnya, kebersihan ini adalah perkara yang dituntut dalam agama Islam maka sudah menjadi kewajipan orang ramai untuk menjaga kebersihan kawasan persekitaran.

Beliau beranggapan, sampah-sarap di kawasan sekitar terutamanya yang dibuang ke dalam parit antara penyebab berlakunya kes denggi di kawasan ini.

"Parit tersumbat diakibatkan sikap tidak bertanggungjawab segelintir individu.

"Mereka tidak menyedari sikap mengambil mudah itu telah mencipta medium pembiakan nyamuk aedes," ujarnya.

Bagi Mohd. Rafiq Abd. Raub, 36, yang pernah diserang denggi, dia memanjatkan kesyukuran kerana dapat diselamatkan dengan segera.

"Saya tidak menyangka akan terkena penyakit ini, kerana saya sering menitikberatkan aspek kebersihan dalam keluarga saya.

"Mungkin saya terkena gigitan nyamuk aedes semasa saya menjalankan kegiatan berkebun.

"Oleh itu, saya berharap orang ramai sentiasa mengamalkan kebersihan kerana jika tidak anda hanya akan menyebabkan nyawa orang lain tergadai begitu sahaja," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia.

Sunday

Olie (HEAVY MACHINE)-Anak Jati Kampung Kuantan, Klang


HEAVY MACHINE - MASIH BELUM BERAKHIR (1989)


Anggota Heavy Machine :
- DINO (Pemimpin, Trombone, Vocal)
- OLIE (Tenor & Alto, Flute & Vokal)
- AAN (Keyboard I, Vokal)
- AMIR (Keyboard II, Vokal)
- MAN (Bassist)
- LAN (Drummer)
- DIN (Lead Guitarist)
- NORIZAN (Vokal)


HEAVY MACHINE kini sudah pun berusia 31 tahun! Sejak ditubuhkan pada 1977, kumpulan ini kekal sebagai kumpulan muzik paling dicari dalam arena persembahan kelab dan pub, bukan saja di Malaysia, tetapi beberapa negara Asia lain.

Tiga puluh tahun lalu, ia dianggotai lapan pemuzik berbakat iaitu Jimmy Ali dan Ghany (gitar), Tajudin (deram), Md Shah (keyboard), Yembai (bass), Yatim (vokal dan trumpet), Dino (vokal dan trombon) serta Olie (vokal and saksofon).

Kumpulan seangkatan mereka termasuklah Alleycats, Revolvers, Strollers, Carefree dan Discovery. Namun, hanya kumpulan ini dan Alleycats yang kekal bersama, manakala anggota kumpulan lain, sama ada bergiat solo atau terus bersara.

Sepanjang karier mereka, Heavy Machine mempunyai 80 anggota kesemuanya dengan 25 daripadanya ialah penyanyi wanita. Norizan ialah penyanyi wanita pertama menyertai mereka, iaitu pada 1988.

Kini, hanya tiga anggota asal yang kekal iaitu Dino, Yatim dan Olie (ketua kumpulan). Mazlan (deram) turut dianggap anggota veteran berikutan pembabitan lebih 20 tahunnya bersama kumpulan ini. Selain dirinya, Jasmee (gitar) juga sudah bersama kumpulan ini sejak lapan tahun lalu.

Heavy Machine yang asal pernah menerbitkan empat album. Pada 1987, Gelombang Cinta muncul antara lagu paling popular. Pada 1989 pula, Saat Kau Hadir menjadi siulan. Selain itu, kumpulan ini pernah memenangi beberapa pertandingan, termasuk Pesta Kingsway 1989. Heavy Machine turut menerima anugerah Kumpulan Muzik Paling Lama Bertahan pada Anugerah Karyawan 2002.

Olie mendapat pendidikan awal di High School Klang dan merupakan anak jati Kampung Kuantan, Klang.

DULU



KINI

Kenali Wakil Rakyat Anda


Ahli Parlimen P108
Khalid Abdul Samad menang di Shah Alam Selangor menewaskan calon BN yang juga bekas Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Abdul Aziz Shamsuddin dengan majoriti 9,314 undi. Khalid memperolehi 33,356 undi manaka Datu Abdul Aziz memperolehi 24,042 undi.

Jawatan dalam Kabinet Tiada
Parti PAS
Parlimen P108
Kawasan Shah Alam
Negeri Selangor
No. Telefon 03-55184530
No. Fax 03-55134323
E-Mail shahalam@parlimen.gov.my
Alamat Surat-menyurat No. 11, Jalan 16/2, 46350 Petaling Jaya, Selangor.

ADUN N41 Batu Tiga
Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail

Alamat Pejabat : Pejabat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor,
Tingkat 2, Bangunan SSAAS, 40000 Shah Alam, Selangor
Tel : 03-55447622/7623, 03-55421189 (Kaw) Faks: 03-55193304

Alamat Rumah : No.1, Jalan Rotan Getah 18/23, Seksyen 18,
40200 Shah Alam, Selangor


Kerjaya

1. Terlibat secara aktif dalam Politik (Parti Keadilan) sejak 1998.
2. Pengarah beberapa Pusat Pembangunan & Perkembangan Awal Kanak-kanak (sejak 1993)
3. Pakar Perunding perkembangan dan pendidikikan kanak-kanak

Pendidikan

Jun 1985 Diploma Kejuruteraan Awam, Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
Julai 1987 Ijazah Kejuruteraan Awam, Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
Dis 1998 Diploma Pengajian Islam & Pengajian Al-Quran & As Sunnah.
Sep 1998 Higher National Certificate in Early Child Care and Education & Development dari Scotland.

Penglibatan Politik

Sekarang – Timbalan Ketua Wanita Nasional, Parti Keadilan Rakyat (PKR)
Pengarah Pilihanraya Wanita Nasional, PKR
Ketua Bahagian PKR Temerloh,Pahang 2004-sekarang
2005-2007 Naib Ketua Wanita Nasional, Parti Keadilan Rakyat
2004-2007 Setiausaha Wanita, Nasional, Parti Keadilan Rakyat,
2000-2003 Pengurus Kempen untuk Pn Fuziah Salleh (Ketua Wanita, Parti Keadilan Rakyat)
Calon untuk Kerusi Parlimen Kuantan, Pilihanraya 2004

Penglibatan NGO

Ahli Seumur Hidup – Persatuan Pengasuh Berdaftar Malaysia (PPBM) (sejak 1996)
Ahli Jawatankuasa Gabungan Pusat Jagaan Kanak-kanak dan Kementerian Kebajikan.v
Ketua Wanita, Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM), Petaling, Selangor 1996-1998
Ahli Exco Wanita JIM 1998-2000
Exco Majlis Perwakilan Pelajar, Universiti Teknologi Malaysia, 1983-86.

Latihan dan pengalaman Lain

Mengikuti Kursus Antarabangsa oleh Fredick Newman Foundation (German).
Latihan di bidang Strategi Politik
Tenaga Pengajar untuk Kursus kepimpinan dan Persediaan Pilihanraya untuk Akademi PKR
Mengikuti Kursus Kepimpinan Politik dan Komunikasi oleh Wanita PKR
Mengikuti Kursus Pengurusan dan Komunikasi Interpersonal
Tenaga Pengajar Kursus “Creative Setting”
Tenaga Pengajar Kursus Bimbingan Peningkatan Kualiti Penjagaan Kanak-Kanak
Tenaga Pengajar bidang Psikologi Kanak-kanak
Peserta Kursus Pencegahan Jenayah Kanak-kanak
AJK Pencegahan Jenayah Kanak-kanak, Shah Alam

Wednesday

LATAR BELAKANG KAMPUNG KUANTAN KLANG


BILANGAN PENDUDUK KAMPUNG KUANTAN


MELAYU 15600

CINA 26000

INDIA 1500

JUMLAH RUMAH 43100


1. Keluasan Kawasan 1485.16 ekar

2. Kedudukan Pentadbiran

Kampung Kuantan Klang adalah salah sebuah Kampung di bawah pentadbiran Penghulu Mukim Bukit Raja dan Pejabat Daerah Klang.

Ia juga termasuk di dalam kawasan Parlimen Shah Alam P108. Wakil Parlimen ialah YB Dato Abdul Aziz B. Shamsuddin. Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Tiga N41 iaitu YB Dato Hj Salamon B. Selamat.

3. Penggunaan Tanah

Kawasan Kediaman 60%

Kawasan Perniagaan 30%

Kawasan Industri 10%

4. Kemudahan Asas

Penduduk dibawah Pentadbiran JKKK Kg. Kuantan keseluruhannya telah mendapat kemudahan asas seperti jalan, bekalan elektrik, air dan telefon.


Bilangan Penduduk

1. Melayu 30%
2. Cina 55%
3. India 10%
4. Lain-lain 5%

Pekerjaan
1. Makan Gaji 60%
2. Berniaga 30%
3. Lain-lain 10%


PERANCANGAN PROJEK PROJEK BERSAMA JKKK

KESELAMATAN

Mengadakan Kawalan Kampung secara sukarela oleh seluruh penduduk. Akan digerakkan dibawah JKKK. Permohonan kawalan akan dibuat mengikut saluran saluran tertentu termasuk Polis.

AGAMA

1. Menubuhkan pasukan Marhaban / Berzanji untuk belia belia untuk dijadikan salah satu aktiviti untuk mengumpulkan semula mereka setelah berjaya dikumpulkan semasa dan sebbelum piliharaya.

2. Mengadakan kelas Seni Khat untuk belia belia tempatan dibawah anjuran Persatuan Seni Khat Negeri Selangor

KEBAJIKAN


1. Aktiviti aktiviti Kebajikan perlu dititik beratkan pada setiap masa tidak seperti sekarang dimana hanya dibuat semasa hari hari perayaan sahaja.

2. Sesuatu perlu dibuat untuk mengenang jasa individu individu dikampung yang telah berjasa kepada negara dan juga pada orang orang cacat dan kurang upaya.

3. Menubuhkan Tabung Kebajikan.


EKONOMI

1. Mohon mendapatkan projek untuk mengerakan aktiviti aktiviti kampung.

2. Mendapatkan dana untuk projek perniagaan sewa khemah / Cuci kereta.

3. Mendapatkan dana melalui program IKS untuk perniagaan – Cetakan – Banner – Keropok.

4. Hadiri kursus kursus usahawan / perniaga.

PENDIDIKAN

1. Pusat IT – dana diperlukan untuk mengerakannya.Minta YB terus membantu seperti apa yang dijanjikan oleh YB terdahulu. Bantuan diharapkan samaada dari kewangan atau tenaga pengajar.

2. Penganugerhan Pelajar Cermerlang

3. Kursus kursus motivasi / seminar / kelas akedemik.

4. Pusat Sumber / Kerjaya.

5. Bantuan pelajar cermerlang yang kurang mampu untuk melanjutkan pelajaran ke IPT.

INFRASTRUKTUR

1. Membaiki Dewan Lama untuk kegiatan belia. Anggaran peruntukan baik pulih
RM 50,000/- – RM 60,000/-

2. Pembangunan Sekolah Agama


JAWATANKUASA JKKK KAMPUNG KUANTAN 2005-2009

PENGERUSI
En. Saleh Bin Mohamad
(Biro Pembangunan/Ekonomi)

SETIAUSAHA
En. Muhd. Amir Bin Hassan

BENDAHARI
En. Mohd Tahir Bin Abd Wahid
(Biro Ekonomi)


Ustaz Hj Mat Akhir Hj Senawi (Biro Agama dan Pembangunan Insan)
Tn. Hj. Md Noor B. Mahmud (Biro IT)
Tn. Hj. Hamshul Ikram B. Dato’ Hj Ahmad (Biro IT)
Tn. Hj. Basharuddin B. Hj Ahmad (Biro Keselamatan)
Tn. Hj Shaari B. Abdullah (Biro Pendidikan)
En. Yahya Abd Hamid (Biro Kebudayaan / Kesenian)
En Razali B. Ismail (Biro Belia)
En. Harudin B. Dahlan (Buletin Kampung)
Pn Hjh Raihan Bt. Dato’ Abdullah (Biro Sukan)
Pn Hjh Zubaidah Bt Abu (Biro Kebajikan)
Tn Hj Abd Rahim B. Abdullah
En Shamsul Kahar B. Hj Sahed

Sunday

Kenali Ahli Parlimen Anda

AHLI PARLIMEN SHAH ALAM P.108

Nama: Datuk Seri Abdul Aziz Samsudin
Umur: 65
Tarikh Lahir: 10 Jun 1938
Tempat Lahir: Gopeng, Perak
Jawatan: Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah

Alamat : Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah, Aras 9, Blok D9, Parcel D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62606 Putrajaya

Tel : 03-8863516 fax : 03-88892124
Email : Aziz@kplb.gov.my

NAMA Datuk Seri Abdul Aziz Samsudin cukup dikenali sebagai orang di belakang tabir ketika negara dipimpin oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Beliau dilihat cukup berpengalaman dalam parti. Abdul Aziz merupakan antara calon Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang mendapat pencalonan tertinggi untuk jawatan itu iaitu 170 pencalonan dan menduduki tangga kedua.
Walaupun pada mulanya beliau kurang dikenali dan dilihat kurang menonjol namun sebenarnya peranan dan perancangan beliau banyak mewarnai senario politik tanah air. Selama lebih 20 tahun bersama Dr. Mahathir mendedahkan beliau kepada pelbagai pengalaman sama ada dalam berpolitik atau pentadbiran.

Beliau dilantik sebagai pegawai khas bekas Perdana Menteri itu pada tahun 1975, ketika Dr. Mahathir memegang jawatan Menteri Pelajaran.
Bagaimanapun pada tahun 1979 hingga 1981, beliau dilantik sebagai Pengarah Penyelidikan (Belia), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. Apabila Dr. Mahathir dilantik sebagai Perdana Menteri, Abdul Aziz telah dilantik sebagai Setiausaha Politik hingga tahun 1999.
Beliau melepaskan jawatan daripada berkhidmat kepada Dr. Mahathir apabila dilantik sebagai Senator pada 2 November 1999 sebelum dilantik sebagai Timbalan Menteri Pendidikan lapan hari kemudian. Pada 27 Mac lalu, beliau dilantik sebagai Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah dalam susunan Kabinet baru yang dibentuk oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Pendidikan awal Abdul Aziz bermula di Sekolah Melayu Gunong Panjang, Gopeng, Perak sebelum ke Government English School, Gopeng. Beliau kemudiannya meneruskan pelajaran ke Sekolah Menengah Iskandar Shah, Parit, Perak dan ke Maktab Perguruan Kota Bharu, Kelantan serta Maktab Perguruan Harian, Kuala Lumpur.
Pada tahun 1972, Abdul Aziz melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya dengan memperoleh ijazah sarjana muda sastera.Kerjaya beliau bermula sebagai guru di Sekolah Kebangsaan Pasar Road, Kuala Lumpur. Walaupun telah lama berkecimpung dalam UMNO, namun beliau secara serius mula bertanding untuk jawatan dalam parti pada Mac 1987 sebagai Ketua UMNO Bahagian Gopeng.

Belau mengekalkan jawatan itu sehingga tahun 1993 dan sekali lagi pada tahun 2001.Penyertaan pertamanya dalam MT ialah pada tahun 2000 dengan mendapat 1,263 undi untuk tempat kesembilan.
Pada pilihan raya umum Mac lalu beliau telah dipilih bertanding di kawasan Parlimen Shah Alam.

Pengalaman

-Menjawat jawatan sebagai guru terlatih semenjak tahun 1961 di Selangor.
-Pernah mengajar di s r pasar road kl, s k tg karang, s k pelabuhan klang dan telah berkhidmat di selangor dan wilayah persekutuan selama 43 tahun sebagai pendidik, pentadbir dan ahli politik hingga sekarang.
-Dilantik sebagai pegawai khas kpd menteri pendidikan malaysia dari tahun 1975 hingga 1979.
-Memegang jawatan sebagai Pengarah Penyelidikan hal ehwal belia dan pelajar di kementerian kebudayaan belia dan sukan dari tahun 1979 hingga 1981.
-Di lantik sebagai setiausaha politik kepada YAB perdana menteri malaysia dari tahun 1981-1999.
-Memegang jawatan sebagai timbalan Menteri Pendidikan malaysia bermula 28 dis 1999.

Tuesday

Pusat Komuniti IT Kg Kuantan Klang


Lawatan Rasmi Menteri Pembangunan Wilayah dan Luarbandar merangkap Ahli Parlimen Shah Alam Dato' Sri Abdul Aziz B. Shamsuddin


Selaras dengan kemajuan dan ledakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi di era millenium, JKKK mengorak langkah dengan menubuhkan Pusat Komuniti IT untuk dimanfaatkan oleh komuniti.

Dengan Kemudahan yang ada, JKKK telah mengenalpasti bangunan yang ada di Kampung Kuantan untuk diubahsuai kepada Pusat IT.

Penubuhan Pusat IT ini akan memajukanwarga Kampung Kuantan khususnya, kearah celik IT.

Yuran Pendaftaran Keahlian : RM 12.00 Setahun.

Yuran Kursus Pembelajaran Komputer : akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Akan Datang ! Nantikan kelas Kelas Pengenalan Internet dan Pengenalan Multimedia percuma (akan dimaklum dari masa ke semasa )

Bagi yang berminat untuk menjadi ahli dan mengikuti kursus, sila click atau hubungi Pengurusan PKIT atau Ahli Jawatankuasa Kampung, Kampung Kuantan, Klang. En. Shamshul : 019-6130106 Email : pit@kgkuantan.net

JOM KACAU DODOL


Seramai lebih dari 150 orang sukarelawan telah mengambil bahagian dalam program kali ini dan 40 kawah dodol berjaya dihasilkan berkat kerjasama mereka. Pengusaha dodol dan katerer terkenal, Tn Hj Harun telah bermurah hati untuk berkongsi resipi turun temurun beliau bagi menjayakan program ini. Beliau turut menjadi kordinator bagi program ini dengan di bantu oleh Sdra Wan Nazri, Tn Hj Azli dan Th Hj Hamshul.

Turut Hadir memeriahkan program ini ialah Dato' Hj Salamon Bin Selamat dan Dato' Hj Ahmad Nawawi B. Md Zin. Dodol telah siap di agih-agihkan kepada penduduk-penduduk setempat sekitar Kampung Kuantan, Klang dan Bukit Kuda.



Wednesday

Program Mesra & Jatidiri


Pada 7 & 8 hb Mac lepas satu program Mesra & Jatidiri telah diadakan di Jungle Lodge Alang Sendayu Gombak. Program 2 hari ini telah dianjurkan oleh Umno Cawangan Taman Kg Kuantan dan berjaya menarik minat 79 orang peserta yang terdiri daripada golongan belia sekitar Kampung Kuantan.


Berbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang program seperti Ceramah Agama, Night Hunter, Meredah Hutan, Flying Fox dan berbagai lagi.