Showing posts with label TAZKIRAH. Show all posts
Showing posts with label TAZKIRAH. Show all posts

Friday

MEMAHAMI KONSEP BALDATUN TAYYIBATUN WA RABBUN GHAFUR


Ayat muqaddimah tadi adalah sebahagian daripada ayat di dalam surah Saba' yang menceritakan tentang kisah tamaddun di zaman lampau yang menjadi kuasa besar di bahagian selatan semenanjung tanah Arab. Ayat ini telah menceritakan keagungan dan kegemilangan negara Saba' sebagai negara yang unggul sehingga digelar "Baldatun Tayyibatun Wa Rabbun Ghafur". Suatu kuasa yang telah melalui zaman pembinaan dan zaman kegemilangan yang bukan sahaja merupakan sebuah negara yang kaya, bahkan ia merupakan sebuah negara yang mendapat pengampunan daripada Allah SWT. Negara Saba' juga adalah sebuah kerajaan yang teragung dan yang terbesar. Menurut satu riwayat bahawa kerajaan tersebut pernah menaungi semua kerajaan yang berada di semenanjung tanah Arab pada satu ketika dahulu.

Negara Saba' mempunyai pemerintahan yang bertahan selama ratusan tahun bermula pada tahun 950 sebelum masehi  sehinggalah 115 sebelum masehi. Oleh kerana keagungan yang telah di lalui oleh mereka ini, maka kisah ini di rakamkan oleh Allah SWT di dalam surah Saba' dan surah Al-Naml.

Jikalau kita melihat didalam kitab kitab sejarah, seperti Al-Bidayah Wa Al-Nihayah, maka kita dapati ketinggian tamaddun Saba' ini mempunyai beberapa keistimewaan jika di bandingkan dengan tamaddun-tamaddun Arab lain seperti kerajaan Himyar, Ma'in, Qataban dan lain-lain.
Keistimewaan-keistimewaan ini adalah di antara punca kerajaan Saba' mencapai tahap kecemerlangan dan kemajuan yang tinggi, di antaranya:

1.   Kemajuan yang di dorong oleh aspek ketaqwaan kepada Allah SWT dan akidah yang tulen. Maka dengan sebab inilah Saba' di sifatkan sebagai negara yang makmur, dan negara yang mendapat pengampunan daripada Allah SWT.
Dalam  kitab sejarah Al-Kamil fi al-Tarikh, Al-Bidayah wa Al-Nihayah, dan juga kitab-kitab tafsir berkenaan dengan kisah ini, kita dapati bahawa zaman kegemilangan dan kemakmuran ini berpunca daripada kepimpinan Ratu Balqis yang diutus oleh Nabi Allah Sulaiman a.s yang telah menjadikan aspek iman dan taqwa kepada Allah SWT sebagai asas pemerintahan.
Firman Allah SWT dalam Surah al-A'raaf ayat 96:

"Dan sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan".

1.   Memberi keutamaan kepada aspek pembinaan sosial yang berasaskan ilmu dan keimanan kepada Allah. Keamanan terserlah sebagaimana dikisahkan  dalam Tafsir Ibnu Kathir, para musafir tidak menghadapi masalah bekalan, di mana saja mereka singgah mereka boleh mendapatkan keperluan seperti minuman dan makanan. Mereka juga boleh berehat siang di daerah yang lain dan malam di daerah yang lain pula. jelasnya, mereka boleh bermusafir dalam keadaan selesa dan aman.

2.   Kekuatan ekonomi berasaskan tauhid sehinggalah keberkatan dan  kemakmuran yang Allah kurniakan kepada mereka menyebabkan mereka tidak pernah kekurangan makanan, malahan berlebihan. Menurut Tafsir Hamka, Qatadah menceritakan jika seorang wanita pergi ke kebun membawa bakul dan menjunjungnya di atas kepala, buah-buahan yang masak ranum akan jatuh dengan sendirinya ke dalam bakul tanpa perlu dipetik dan apabila ia keluar dari kebun, bakulnya itu penuh berisi dengan buah-buahan.

3.   Kekuatan ketenteraan dan kesetiaan kepada pemerintah sehinggalah keselamatan dan keamanan dapat dinikmati oleh rakyat.

4.   Memiliki teknologi pembinaan yang tinggi sehingga mereka dapat membina empangan Maa'rib yang masyhur dan masih kekal sehingga ke hari ini.

5.   Negara yang mengutamakan kebajikan untuk rakyat agar semua lapisan rakyat dapat mengecapi nikmat pembangunan, kemajuan dan menikmati hasil mahsul Negara.

Untuk merealisasikan konsep ‘Baldatun Toiyyibatun Wa Rabbu Ghafur' kita harus mencontohi kegemilangan dan kecemerlangan kerajaan Saba'. Kita perlu melihat kegemilangan ini berdasarkan pandangan iman dan ilmu yang berteraskan ajaran Islam. Antara ciri-ciri  penting untuk dikotakan oleh sesebuah pemerintahan Islam adalah:

1.   Dengan melaksanakan syariat Islam secara syumul atau holistik termasuk pelaksanaan segala hukum-hakamnya untuk memberi jaminan keamanan dan kemakmuran di dunia dan akhirat. Untuk mencapai ini pelaksanaan pemerintahan mestilah mengikut prinsip Maqasid Syariah iaitu keperluan asasi (dharuriah) yang memelihara agama, nyawa, akal, keturunan dan harta. 

2.   Pelaksanaan konsep   ‘Baldatun Toiyyibatun Wa Rabbun Ghafur' bertujuan untuk menjamin agar rakyatnya selamat dan terpelihara maslahah kehidupannya. Negara yang mengamalkan konsep ini, meletakkan peranan agama Islam sebagai peranan yang terpenting kerana apabila agama "selamat" maka perkara-perkara nyawa, maruah, keturunan dan harta turut selamat. Ini berbeza dengan konsepsi negara kebajikan yang ditaja oleh Barat, penekanan mereka hanya kepada aspek kebendaan. Bagi Barat keperluan asasi  rakyat ialah makanan, pakaian dan tempat tinggal sahaja. Tidak hairanlah negara berkebajikan di Barat berdepan dengan masalah yang serius kerana kebendaan tidak boleh menjamin kebahagiaan manusia yang berpanjangan. Sebaliknya Islam menekankan kekuatan iman dan ilmu dalam membina konsep ‘Baldatun Toiyyibatun Wa Rabbun Ghafur'.

3.   Pemimpinnya yang adil, berani, amanah, berkemampuan, mindanya tajam, berilmu pengetahuan luas meliputi ilmu dunia dan akhirat dan berkemahiran dalam pentadbiran.

4.   Syura hendaklah dipraktikkan secara sepenuhnya, membenarkan penglibatan rakyat dalam proses membuat keputusan dan menyediakan sistem yang adil dan saksama kepada semua pihak.

5.   Keadilan untuk semua, persamaan di kalangan semua warganegara tanpa mengira puak, bangsa atau asal usul. Menghormati dan melaksanakan prinsip hak persamaan sesama manusia dan semua hak-hak asasi manusia.

Jelasnya konsep  ‘Baldatun Toiyyibatun Wa Rabbun Ghafur' adalah dinamik dengan ciri-ciri asas yang tidak berubah, iaitu berpandukan syariah tanpa sebarang cabaran daripada peraturan buatan manusia. Dalam masa yang sama, sebuah negara Islam hendaklah memperakui dan membenarkan segala peraturan lain demi memelihara kemaslahatan manusia selagi berada di bawah pengawasan dan pengiktirafan syariah.
Marilah kita menanamkan tekad bagi membena negara dan negeri kita ini sebagai negara contoh yang dibanggakan dengan konsep negara yang makmur dan mendapat keampunan Allah SWT. Kita semua hendaklah berperanan membina diri, keluarga dan masyarakat berpandukan kepada syariat Islam. Kita juga perlu menegakkan amar ma'ruf dan nahi mungkar bermula daripada individu sehinggalah kepada pemerintah, kerana ia di antara jaminan terbinanya ‘Baldatun Toiyyibatun Wa Rabbun Ghafur'.

"Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di atas muka bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan".  
                                    (Al-Hajj : 41)                                                
  sumber:Khutbah Jumaat Masjid Kg Kuantan

ISLAM AGAMA YANG MUDAH

Islam adalah agama yang mudah dalam erti kata dapat dilaksanakan di semua keadaan, masa dan tempat serta sesuai dengan fitrah kejadian manusia. Ia juga bermaksud Islam adalah agama yang bersifat sederhana, mudah, praktikal dan bertoleransi. Selain itu, pengikut agama Islam pula disifatkan sebagai ummatan wasatan iaitu umat yang sederhana, adil, tidak berat sebelah dalam hal dunia dan akhirat serta berimbang dalam seluruh aspek kehidupannya. Sifat Islam sebagai agama yang penuh kemudahan ini ditegaskan dengan jelas oleh Allah SWT dalam surah al-Maidah ayat 6;

"Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan), tetapi Dia berkehendak membersihkan (mensucikan) kamu dan hendak menyempurnakan nikmatNya kepada kamu supaya kamu bersyukur".

Oleh kerana itu, maka tidak sewajarnya diberatkan atau disulitkan pengamalan Islam dengan sikap memberatkan perkara yang mudah dan menambah amalan-amalan yang membebankan sehingga melampaui batas kemampuan manusia. Sikap sebegini bukanlah daripada Islam. Islam tidak menyusahkan umatnya sebaliknya manusia itu sendiri yang menyusahkan diri mereka.
Hadis daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:

"Sesungguhnya agama ini mudah, dan tidaklah seseorang yang memberatkan urusan agamanya melainkan dia akan dikalahkannya (lemah dan tidak berupaya melaksanakannya), maka tepatkanlah (bersederhana), dekatkanlah (dengan mendekati kesempurnaan), bergembiralah (dengan amalan sedikit tetapi berterusan) dan mintalah bantuan dengan (melaksanakan ketaatan pada waktu-waktu yang membangkitkan semangat) di waktu pagi, petang dan penghujung dari waktu malam".                                                                                                                                                   (Riwayat al-Bukhari)

Islam adalah agama yang bersifat sederhana, mudah, praktikal dan bertoleransi. Antara beberapa perkara yang mencerminkan bahawa Islam itu merupakan agama yang mudah adalah:

Pertama      :       Syariat Islam dilaksanakan mengikut keutamaannya. Ibadah-ibadah wajib mestilah dilaksanakan terlebih dahulu kemudian disempurnakan atau ditambah dengan ibadah-ibadah sunat. Begitu juga perkara-perkara yang haram mestilah dijauhkan terlebih dahulu kemudian disempurnakan lagi dengan menjauhi perkara-perkara yang makruh. Ada pun perkara-perkara harus adalah dipertengahan, ianya boleh dilaksanakan atau ditinggalkan dan dalam Islam, perkara-perkara harus adalah yang terbanyak berbanding perkara wajib, sunat, haram dan makruh.
Firman Allah SWT dalam surah al-Ahzab ayat 36;

"Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan apabila Allah dan Rasul-Nya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata".                                                        
Kedua        :        Wujudnya konsep rukhshah atau keringanan dalam perlaksanaan syariat Islam. Konsep rukhshah dalam Islam wujud dalam semua aspek ibadah. Khususnya bagi mereka yang lemah tubuh badan atau berada dalam situasi darurat. Sebagai contoh solat yang wajib boleh dilaksanakan sama ada berdiri, duduk dan berbaring dalam keadaan-keadaan tertentu. Begitu pula puasa wajib boleh ditinggalkan ketika bermusafir dan digantikan puasa tersebut di hari-hari yang lain. Rasulullah s.a.w pernah menegur seorang sahabat yang lesu, lemah dan kepenatan kerana berpuasa dalam permusafiran. Hadis daripada Jabir bin Abdullah RA bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:

"Bukanlah termasuk kebajikan untuk berpuasa dalam perjalanan (jauh)".                              (Riwayat al-Bukhari)

Ketiga         :        Islam tidak meredhakan dan mendukung perlaksanaan ibadah yang membebankan. Rasulullah s.a.w pernah menegur seorang sahabat yang dilihat tersangat penat, lemah dan menderita dalam mengerjakan Haji. Nabi s.a.w bertanyakan para sahabat mengapakah beliau dilihat begitu? Para sahabat menjawab bahawa beliau melaksanakan Haji dengan berjalan kaki kerana nazar. Hadis daripada Anas RA bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:

"Sesunguhnya Allah tidak memerlukan tindakan penyiksaan diri sendiri, seperti yang dilakukan oleh orang itu".                                                                                                                                    (Riwayat al-Bukhari)

Demikianlah mudahnya ajaran Islam yang disifatkan sebagai rahmatan lil alamin atau agama rahmat untuk sekelian alam. Bahkan dalam sebuah riwayat Saidatina Aisyah RA pernah menceritakan bahawa Rasulullah SAW sendiri selalu memilih salah satu yang lebih mudah di antara dua perkara selama mana ianya tidak termasuk dalam perkara dosa.

Islam merupakan agama yang mudah, praktikal dan bertoleransi dalam erti kata ianya dapat dilaksanakan di semua tempat, sesuai pada setiap masa dan bertepatan dengan fitrah kejadian manusia.
Sikap al-Ghulu (?????????) dalam beragama dengan berlebih-lebihan dalam pegangan dan pengamalan hukum-hukum syariat serta mempersulit diri sendiri atau orang lain merupakan sikap yang dicela dan ditentang oleh agama Islam. Oleh itu, jadikanlah orang yang berilmu dan berpengetahuan dalam pengamalan Islam agar ianya bertepatan dengan tuntutan dan kehendak syarak dan agama yang bersifat sebagai rahmatan lil alamin iaitu agama rahmat untuk sekelian alam.
Kesimpulan dan pengajaran daripada khutbah hari ini adalah, merujuk kepada fenomena yang berlaku dalam masyarakat kita hari ini bahawa wujud golongan yang menyusahkan diri sendiri dalam amalan beragama, membida'ahkan amalan-amalan orang lain yang selaras dengan kehendak sunnah dan ijmak ulama', memberatkan diri dengan amalan-amalan sunat sehingga menjejaskan kemampuan diri dan mengabaikan amalan-amalan wajib yang sepatutnya diutamakan.

"Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. Dialah yang memilih kamu (untuk mengerjakan suruhan agamanya); dan Dia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu bebanan dan susah payah dalam perkara agama, sebagaimana agama bapa kamu, Ibrahim. Dia menamakan kamu: "orang Islam" semenjak dahulu dan di dalam (Al-Quran) ini, supaya Rasulullah (Muhammad) menjadi saksi yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu, dan supaya kamu pula layak menjadi orang-orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah). Oleh itu, dirikanlah solat, dan tunaikanlah zakat, serta berpegang teguhlah kamu kepada Allah! Dialah Pelindung kamu. Maka (Allah yang demikian sifat-Nya) Dialah sahaja sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Pemberi pertolongan".  
                                                                                                                            (Al-Hajj : 78)

  sumber:Khutbah Jumaat Masjid Kg Kuantan

GEJALA RASUAH MEMUSNAH NEGARA


Firman Allah dalam Surah al-Baqarah ayat 188:
"Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang lain) antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian daripada harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya)".

Dewasa ini umat Islam sangat terdedah dengan gejala rasuah yang mana hal ini telah berlaku sejak zaman Nabi sehingga hari ini yang semakin meruncing di kalangan masyarakat Islam sendiri. Fenomena ini dianggap sebagai penyakit kronik sosial yang boleh dikatakan seperti penyakit barah dalam dunia perubatan yang mana ianya sukar untuk diubati dan akhirnya akan memberi kesan buruk kepada individu, masyarakat dan struktur pentadbiran sesebuah negara sekiranya tiada langkah-langkah pencegahan dilakukan dari awal lagi. Fenomena ini hendaklah diambil perhatian yang serius oleh semua pihak untuk membendungnya daripada terus menular.


Rasuah ialah suatu pemberian berupa sogokan yang diberikan kepada seseorang dengan sebab tertentu bagi membolehkan perkara yang dihajati dapat diperolehi atau diselesaikan dan sebagainya. Rasuah juga dikatakan sebagai suatu 'sogokan' atau 'makan suap' atau 'tumbuk rusuk' dan ia merupakan perbuatan yang keji dan dilarang disisi agama Islam.
Merebaknya rasuah dalam kehidupan masyarakat Islam pada hari ini bukanlah suatu perkara baru, tetapi ianya sudah mewarnai sejak masyarakat generasi dahulu. Namun keadaan rasuah yang sudah diketahui sejak dahulu lagi,  sifatnya adalah terhad dan perkembangannya tidaklah seteruk pada hari ini yang dirasakan sudah menjadi gejala yang umum yang dilihat seolah-olah tidak dipandang serius bahkan berlalu dengan begitu rancak.

Rasuah dari perspektif Islam adalah suatu perbuatan yang haram dan berdosa besar serta dilaknat baik kepada pemberi atau penerima itu sendiri.
Sabda Rasulullah s.a.w:

"Rasulullah s.a.w melaknat orang yang memberi rasuah dan penerima rasuah".                                                                                    (Riwayat Ibnu Hibban)

Rasuah juga merupakan salah satu perbuatan yang boleh mengakibatkan tertolaknya ibadah dan doa kita. Alangkah ruginya disebabkan perbuatan rasuah itu ibadah dan doa kita menjadi sia-sia, dan lebih membimbangkan lagi jika tidak segera membanteras gejala ini, ia boleh menyebabkan terdedah dengan pelbagai malapetaka dan bencana dalam kehidupan sebagaimana firman Allah SWT dalam surah Ali Imran ayat 112:
"Mereka ditimpa kehinaan (dari segala jurusan) di mana sahaja mereka berada, kecuali dengan adanya sebab dari Allah dan adanya sebab dari manusia. Dan sudah sepatutnya mereka beroleh kemurkaan dari Allah, dan mereka ditimpakan kemiskinan (dari segala jurusan). Yang demikian itu, disebabkan mereka sentiasa kufur ingkar akan ayat-ayat Allah (perintah-perintah-Nya) dan mereka membunuh Nabi-nabi dengan tiada alasan yang benar. Semuanya itu disebabkan mereka derhaka dan mereka sentiasa mencerobohi (hukum-hukum Allah)".

Pengertian rasuah sebenarnya amat luas, seperti mana yang diketahui ia bukan hanya tertumpu kepada sudut kewangan semata-mata, tetapi ia juga termasuk penyalahgunaan jawatan dan kuasa diamanahkan untuk kepentingan diri, keluarga dan pihak tertentu.
Sebagai contoh, jika sekiranya sesorang itu memiliki kuasa untuk membuat pilihan dan meluluskan tender-tender, maka ia akan meluluskan mana-mana pihak yang memberikannya sogokan dan suapan tanpa menghiraukan pihak lain yang lebih layak dipilih. Begitu juga jika diamanahkan untuk mengambil pekerja, ia akan mengenepikan orang yang lebih layak menjawat jawatan dalam pekerjaan itu malahan akan mementingkan kroni-kroninya atau pihak yang menjanjikannya sesuatu imbuhan kepadanya.

Antara faktor-faktor utama penularan gejala rasuah yang perlu diketengahkan supaya dipandang serius oleh semua pihak adalah;

Pertama      :       Faktor politik sesebuah negara yang mana dilihat ramai pihak-pihak tertentu berlumba-lumba mencari kekayaan melalui politik, di mana penglibatan mereka di dalam politik bukan bertujuan untuk membela nasib rakyat, akan tetapi sebaliknya mengambil kesempatan dari kuasa dan kedudukan yang diamanahkan untuk mengaut keuntungan dan kekayaaan tanpa mengira batas-batas hukum dan undang-undang.

Kedua         :       Faktor sosial sesebuah negara yang mana lemahnya ilmu pengetahuan dan agama menyebabkan iman menjadi lemah serta pegangan terhadap nilai-nilai murni terlalu culas dan longgar. Malah ada sebahagiannya yang menganggap kepentingan untuk hidup mewah menjadi keutamaan tanpa menghiraukan soal halal dan haram.

Ketiga          :       Pengaruh budaya hidup bermewah-mewah dan kebendaan yang keterlaluan. Sehinggakan masyarakat mengabaikan soal halal dan haram dalam memperoleh sumber rezeki.
Dari faktor-faktor rasuah yang diutarakan, jelas membuka ruang kepada individu yang terlibat dengan gejala rasuah, memberikan kesan buruk kepada sesebuah negara yang mampu meruntuhkan moral masyarakat dalam negara, menyekat pembangunan, menjatuhkan ekonomi, menyebabkan kekayaan negara dibolot dan dimonopoli oleh pihak-pihak tertentu dan menggugat keadilan di dalam sesebuah negara, sekaligus menafikan sistem demokrasi yang menjamin hak yang sewajarnya.

Mengakhiri khutbah ini, marilah sama-sama kita mengambil langkah-langkah pencegahan untuk membendung gejala ini iaitu:
1.   Memantapkan Iman dan menguatkan sahsiah diri kerana dengan keimanan dan keperibadian yang tinggi mampu menjadi benteng yang paling ampuh dan kuat untuk membanteras gejala rasuah. Apabila setiap individu menolak dan membenci amalan rasuah sama ada rakyat biasa, pemimpin, atau jentera kerajaan maka gejala ini dapat diatasi.
2.   Memuatkan topik berkenaan rasuah dalam sistem pendidikan, gejala rasuah ini akan dapat dihayati dalam diri sekiranya diajar dan dididik sejak zaman persekolahan lagi. Generasi yang dididik benci kepada rasuah akan membesar menjadi individu yang lebih bertanggungjawab dan amanah justeru membentuk generasi akan datang yang bebas rasuah.
3.   Meningkatkan Penguatkuasaan Undang-Undang dan memberatkan Hukuman, ia perlu dipergiatkan lagi agar masyarakat sedar betapa bahaya dan serius masalah rasuah jika tidak dibenteras dan dibendung untuk menyelamatkan negara.
4.    Meningkatkan penerangan berkenaan rasuah baik dari sudut penerbitan atau penyiaran untuk menyebarkan maklumat kepada masyarakat tentang kesan dan bahayanya gejala ini jika ia semakin menular dan tidak dicegah dengan segera.
"Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim, maka (kalau kamu berlaku demikian), api neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain daripada Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan".
                                                                                                                               (Hud : 113) 
   sumber:Khutbah Jumaat Masjid Kg Kuantan

HINDARI GODAAN SYAITAN


Mimbar Jumaat pada hari ini mengajak kaum muslimin sekalian agar mengenali musuh utama kita iaitu syaitan dan seterusnya menghindari godaannya agar kita terselamat di dunia dan di akhirat kelak. Syaitan adalah spesis jin yang diciptakan daripada api dan merupakan anak cucu iblis laknatullah yang sentiasa melakukan kerosakan, menipu dan menimbulkan keraguan di dalam hati manusia. Sejak manusia pertama diciptakan Allah, syaitan tidak jemu-jemu menghasut manusia ke arah maksiat dan kemungkaran serta menghalang manusia dari melakukan ketaatan. Inilah sumpah syaitan seperti yang dikhabarkan Allah dalam surah Sad ayat 82-83:
 (Iblis) berkata: "Demi kekuasaanmu (wahai Tuhanku), aku akan menyesatkan mereka semuanya,  kecuali hamba-hamba-Mu di kalangan zuriat-zuriat Adam itu yang mukhlis (iaitu yang diberi petunjuk untuk mentaati Allah dan Rasul-Nya)".
 

Bagi menggambarkan betapa pentingnya umat manusia supaya berhati-hati terhadap tipu daya syaitan, Allah menyebut kalimah syaitan sebanyak 86 kali. 68 kali disebut dengan lafaz mufrad, "Syaitan" (?????) dan 18 kali disebut dengan lafaz jamak, "Syayatin" (??????). Tiada siapa boleh menyangkal peri perlunya setiap muslim menghindari tipu daya syaitan. Namun untuk mengelak kedurjanaan syaitan ini, kita perlulah mengetahui bagaimana cara syaitan menggoda dan seterusnya menyelinap masuk ke dalam jiwa manusia.
Syaitan memanfaatkan setiap anggota manusia untuk memastikan manusia itu tergelincir dari landasan kebenaran. Imam Al Ghazali menyebut di dalam kitabnya, Ihya' Ulumiddin bahawa melalui anggota ‘lidah' sahaja, syaitan mampu mendatangkan 20 kebinasaan.
Pemikir Islam terkenal, Dr Fathi Yakan pula berkata, bahawa terdapat 7 ruang penyusupan yang dipergunakan syaitan untuk menyesatkan manusia:

Pertama     :         Menerusi sifat marah.
Apabila diri seseorang itu dikuasai oleh perasaan marah, maka bererti dia telah meminimakan peranan akal. Akal adalah anugerah Allah yang sangat berguna. Ia perlu dilindungi supaya boleh berfungsi ke arah kebaikan. Apabila akal di kesampingkan, maka itulah waktu yang sangat menggembirakan syaitan untuk menguasai diri manusia.
Ada manusia sanggup membunuh adik beradik dan ibubapa sendiri semata-mata kerana melayan perasaan marah. Namun ianya segera disesali apabila kemarahan reda. Justeru, manusia yang sedang marah sangat digalakkan supaya berwudhuk bagi meredakan kemarahan dan menghindarkan diri dari dihasut oleh syaitan.

Kedua        :         Menerusi keinginan nafsu syahwat.
Keinginan nafsu syahwat merujuk kepada kehendak deria dan jasad manusia yang menghendaki tubuhnya diberi makanan dan minuman, hubungan kelamin, harta benda dan sebagainya. Keinginan kepada perkara-perkara ini bukanlah sifat tercela. Namun syaitan sangat mudah mempergunakan keinginan ini untuk memesongkan manusia dari jalan Allah.
Nafsu menginginkan makan, lantas syaitan menghasut manusia supaya memakan makanan yang haram atau memilih laluan mudah yang tidak syar'ie untuk memperoleh makanan sama ada dengan penipuan, rasuah, penindasan dan sebagainya. Nafsu menginginkan hubungan kelamin, lantas syaitan meransang nafsu manusia supaya tergoda dengan kecantikanwanita yang bukan isterinya, menarik pandangan matanya ke arah aurat manusia lain dan sebagainya.

Ketiga        :         Menerusi Sifat Gopoh Gapah
Sifat al ‘ajalah (??????) atau gopoh adalah lawan kepada sifat cermat dan berhati-hati.  Sifat gopoh adalah sangat mudah terdedah kepada tipudaya syaitan. Ini kerana mereka yang melakukan sesuatu dengan gopoh tidak dapat membuat penilaian secara rasional menggunakan akal fikiran.
Sebab itu kita di larang daripada terus percaya sahaja maklumat yang diterima dari sumber yang diragui. Syaitan sememangnya sentiasa mencari-cari peluang dan ruang untuk melaga-lagakan umat manusia.
Firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 6:

"Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasiq membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini  dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan".

Keempat    :         Menerusi Hasad dengki.
Hasad dengki adalah antara sifat pertama iblis laknatullah dalam pertembungannya dengan Nabi Adam AS. Iblis berasa irihati, sombong dan takabbur apabila diperintahkan Allah supaya sujud kepada Adam yang lebih junior daripadanya.

Firman Allah dalam Surah Al A'raf ayat 12:
Allah berfirman kepada Iblis: "Apakah yang menghalangmu supaya sujud (kepada Allah) ketika Aku menyuruhmu?" Iblis menjawab: "Aku lebih baik daripada Adam, Engkau (wahai Tuhanku) telah menjadikan aku daripada api sedang dia Engkau jadikan dia daripada tanah".
Ini jugalah sifat yang cuba diterapkan ke dalam jiwa manusia. Maka apabila manusia terperangkan dengan sifat hasad ini, bergembiralah syaitan lalu ia merangka hasutan seterusnya untuk merebakkan perbalahan di kalangan manusia.

Kelima       :         Menerusi sifat bakhil.
Sesungguhnya syaitan sentiasa menimbulkan perasaan bimbang di hati manusia terhadap kefaqiran dan kemiskinan. Sifat takut papa menghalang manusia daripada bersedekah, menderma dan sebagainya. Ia juga melemahkan rasa simpati dan sifat kemanusiaan yang ada dalam diri seseorang. Di dalam Al Quran, Allah menceritakan kepada kita tipudaya syaitan ini seperti mana firman-Nya di dalam surah Al Baqarah ayat 268:
"Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan atau kepapaan (jika kamu bersedekah atau menderma), dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji (bersifat kedekut); sedangkan Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripada-Nya serta kelebihan kurniaan-Nya. Allah Maha Luas (limpah rahmat-Nya), lagi Maha Mengetahui".

Keenam     :         Sifat Takabbur
Sifat membesarkan diri adalah sifat terpuji bagi Allah kerana sememangnya Allah lah yang maha layak untuk membesarkan diri. Namun apabila makhluk mengambil sifat ini ia terus sahaja menjadi sifat tercela.  Ini juga satu lagi sifat buruk syaitan yang menyebabkannya terkeluar dari rahmat Allah dan dilaknat selama-lamanya. Justeru mana-mana manusia yang membesarkan diri, maka syaitan sangat gembira dan akan menyusup masuk menerusi lorong takabbur ini untuk merosakkan amal ibadat anak Adam.
Sebuah hadis qudsi iaitu daripada Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah s.a.w bersabda;
"Membesarkan diri itu ialah selendang-Ku dan kemuliaan itu ialah pakaian-Ku. Sesiapa yang cuba merebut salah satu dari kedua-duanya pasti Aku akan menyeksanya di dalam api neraka".
   (Riwayat Abu Daud)

Ketujuh      :         Buruk Sangka Terhadap Kaum Muslimin
Buruk sangka ialah sifat buruk yang menyebabkan seseorang itu sentiasa memandang buruk kepada orang Islam yang lain, biarpun tiada petunjuk dan bukti terhadap keburukan yang didakwanya. Ia juga  menyebabkan dia sentiasa berusaha dan mencari-cari kesalahan orang lain.
Nabi s.a.w sering kali berpesan kepada para sahabatnya supaya merahsiakan keburukan seseorang Muslim jika keburukan itu tidak memudharatkan masyarakat awam.
Firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 12;
"Wahai orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan daripada sangkaan, kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu adalah berdosa. Janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang. Janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang daripada kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang".

Setelah mengetahui jalan dan lorong yang memudahkan syaitan menyelinap ke dalam diri manusia, marilah kata mengawal diri masing-masing dari terpedaya dengan tipudaya syaitan.
"Bukankah Aku telah perintahkan kamu wahai anak-anak Adam, supaya kamu jangan menyembah syaitan? Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata terhadap kamu! Dan (Aku perintahkan): Hendaklah kamu menyembah-Ku; Inilah jalan yang lurus. Sesungguhnya syaitan itu telah menyesatkan golongan yang ramai di kalangan kamu; (setelah kamu mengetahui akibat mereka) maka apakah kamu tidak memikirnya?"
                                      (Yaasin  : 60-62)
  sumber:Khutbah Jumaat Masjid Kg Kuantan

KESUKARELAAN BUKAN PILIHAN, TETAPI SATU TANGGUNGJAWAB


Saya menyeru agar kita bersama-sama meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah SWT dengan melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya.Marilah kita memperbanyakkan zikir kepada Allah SWT dan memperbanyakkan selawat serta salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w di samping sentiasa berusaha melaksanakan segala sunnahnya. Mudah-mudahan ianya akan memberikan manfaat kepada kita di dunia dan di akhirat.
Bersempena dengan Hari Antidadah Peringkat Kebangsaan tahun ini, mimbar Jumaat pada hari ini akan membicarakan khutbah yang bertajuk "KESUKARELAAN BUKAN PILIHAN, TAPI SATU TANGGUNGJAWAB".

Perkataan kesukarelaan membawa erti yang amat bermakna. Ia disamaerti dengan perbuatan yang ikhlas dan tidak mengharapkan sebarang ganjaran bagi tujuan yang murni. Sejarah Islam telah membuktikan bahawa sesebuah tamadun yang maju mestilah mempunyai sebuah masyarakat yang memiliki semangat kesukarelaan yang tinggi. Justeru, kesukarelawan merupakan pelengkap kepada pembangunan sesebuah masyarakat atau negara. Tanpa semangat kesukarelawan yang tinggi dalam kalangan individu dan kumpulan dalam sesebuah organisasi, kejayaan membangunkan masyarakat dan negara tidak akan tercapai dengan sempurna. Di Malaysia, semangat kesukarelaan sememangnya telah lama berakar umbi dalam kalangan rakyatnya. Ini dapat dilihat daripada amalan adat resam semua kaum seperti gotong-royong dan seumpamanya.

Semangat kesukarelaan dan kerjasama memang sudah menjadi tonggak budaya dan cara hidup, khususnya di kawasan kampung sehingga wujudnya peribahasa yang mengatakan, umpama yang buta meniup tepung; yang pekak membakar meriam: yang capek menghalau ayam; yang kurap menyiang buluh. Ia menggambarkan kerelaan dan kebanggaan setiap anggota masyarakat untuk memainkan peranan masing-masing ke arah pencapaian matlamat baik dan murni setiap kelompok masyarakat.

Bagi masyarakat orang Islam, kesukarelaan itu memang diajar, digalak dan didorong oleh agama kerana agama Islam amat menggalakkan dan menuntut kita supaya hidup saling tolong-menolong, bantu-membantu ke arah kebaikan secara ikhlas dan sukarela. Perbuatan demikian memang sudah terbukti boleh menimbulkan perasaan hormat-menghormati, kasih-mengasihi dan sayang-menyayangi di antara satu sama lain. Jika amalan sedemikian wujud dalam kalangan umat Islam, orang bukan Islam pun akan mengamalkannya. Masyarakat majmuk, inilah yang akan membina kehidupan yang aman damai, sejahtera dan harmoni.

Firman Allah SWT dalam Surah al-Ma'idah ayat 2:
"Dan hendaklah kamu bantu-membantu  untuk membuat kebajikan dan taqwa, dan janganlah pula kamu bantu-membantu pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan (melampaui batas-batas ajaran Allah); dan  bertaqwalah kepada Allah, sesunggunya Allah amat berat azab-Nya". 

Sifat tolong-menolong dan semangat kesukarelawan boleh diamalkan dalam pelbagai cara atau kaedah seperti sumbangan kewangan, harta benda dan sebagainya atau dengan sumbangan tenaga dan nasihat seperti bantu-membantu dalam mencegah maksiat, jenayah, kekasaran, penipuan dan seumpamanya.

Sebagaimana yang kita semua sedia maklum, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) merupakan agensi yang dipertanggungjawabkan  menangani permasalahan yang berkaitan dengan dadah. Peranan utamanya ialah untuk menentukan segala usaha negara menangani ancaman dadah berjalan secara terancang, terarah dan selaras dengan matlamat akhirnya untuk mewujudkan satu masyarakat dan Negara yang bebas daripada dibelenggu permasalahan dadah.

Setiap tugas yang dirancang dan dibentuk untuk menjalankan peranan itu adalah sangat mencabar. Setiap tugas itu merupakan tanggungjawab, dan tanggungjawab ini tidak mampu dilakukan oleh AADK secara bersendirian. Usaha sedemikian memerlukan sokongan, dorongan dan bantuan daripada semua pihak dalam masyarakat. Yang penting sekali ialah kerjasama dari orang ramai untuk sama-sama menyertai pelbagai program dan aktiviti yang telah dirancang dan dilaksana dengan penuh semangat kerelaan dan keikhlasan.
Maka, dalam hal ini kita mengharapkan supaya masyarakat sama-sama berganding bahu dan terlibat sama-sama dalam mengesan dan mengadakan aktiviti bagi memerangi penyalahgunaan dadah yang ada dalam komuniti masing-masing. Tidak kiralah sama ada masyarakat yang tinggal di bandar, pedalaman ataupun di perairan negara ini, mereka perlu membantu dan bekerjasama dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti berkenaan. Sekurang-kurangnya masyarakat setempat dapat menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa mengenai apa-apa kegiatan penyalahgunaan dadah yang berlaku di tempat masing-masing. Rasulullah s.a.w. bersabda :

"Sesiapa di kalangan kamu yang melihat kemungkaran maka hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya, sekiranya ia tidak mampu maka hendaklah mengubah dengan lisannya, sekiranya tidak mampu maka hendaklah dengan hatinya, yang demikian itu adalah selemah-lemah iman".
                                                                                                                        (Riwayat Muslim)

Jika berlaku kemungkaran seperti penyalahgunaan dadah, maka masyarakat juga tidak terlepas dari mengambil inisiatif mencegahnya mengikut kemampuan masing-masing. Tetapi jika tidak berkemampuan mencegahnya, maka laporkanlah kepada pihak berkuasa, kerana ini juga berupa suatu langkah pencegahan dan bantuan kepada komuniti setempat yang berhadapan dengan gejala dadah.

Dalam usaha untuk memastikan semua pihak merasakan bertanggungjawab untuk membanteras permasalahan dadah, maka AADK telah menubuhkan Sukarelawan Antidadah atau lebih dikenali sebagai (SKUAD 1MALAYSIA). Matlamat utama penubuhan ini ialah supaya semua sukarelawan ini bertindak dan bergerak sebagai satu pasukan yang membantu pihak kerajaan, khususnya dalam menangani masalah dan ancaman dadah.

Objektif Skuad 1Malaysia adalah seperti berikut:
1.      Memberi kesedaran mengenai bahaya penyalahgunaan dadah kepada masyarakat;
2.      Memberi pertolongan dan sokongan kepada mereka yang menghadapi masalah dadah; dan
3.      Menjadi agen penyalur maklumat dan mempromosi perkhidmatan AADK.
Khatib ingin mengambil kesempatan melalui mimbar pada hari ini, menyeru seluruh masyarakat Malaysia untuk menyertai serta memberi sokongan serta kerjasama kepada SKUAD ini. Semoga dengan penyertaan, sokongan dan kerjasama daripada semua pihak dapat mewujudkan gelombang kesukarelawanan ini seiring dengan tuntutan Islam untuk mengatasi permasalahan dadah dalam negara ini. Gelombang kesukarelawan ini perlu diberi perhatian oleh semua masyarakat di Malaysia, kerana itulah senjata yang sebaik-baiknya untuk memerangi masalah yang amat kian genting dan berbahaya ini.
Rasulullah s.a.w.  bersabda dalam sebuah hadis yang bermaksud:
"Sesungguhnya Allah tidak akan mengazab orang ramai (orang awam) dengan perbuatan orang-orang yang sedikit sehingga orang ramai tadi melihat kemungkaran di hadapan mata mereka dan mereka berkuasa untuk mencegahnya, tetapi mereka tidak mencegahnya. Sekiranya mereka berbuat demikian, maka Allah akan menurunkan azab-Nya kepada orang-orang yang sedikit tadi dan orang ramai (orang awam)".                                                                                                   (Riwayat Ahmad)

Pengajaran daripada hadis ini jelaslah kepada kita bahawa setiap individu adalah bertanggungjawab dalam mencegah kemungkaran dan menyuruh berbuat kebaikan dalam kehidupan bermasyarakat mengikut kemampuan dan kuasa masing-masing. Oleh itu, marilah kita sama-sama berganding bahu berusaha memelihara kesejahteraan dan keharmonian negara kita khususnya dengan menangani masalah dadah. Mudah-mudahan kehidupan kita aman sejahtera dan mendapat perlindungan daripada Allah SWT.
          "Kamu ( wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya) tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang  beriman, dan kebanyakan mereka; adalah orang-orang yang fasik".
                                   (Ali-Imran : 110)

 sumber:Khutbah Jumaat Masjid Kg Kuantan

PROTOKOL YAHUDI MENGHANCURKAN UMMAT


Marilah kita bersyukur dengan nikmat Islam dan Iman yang telah kita kecapi selama ini dengan berusaha menambahkan ilmu dan amal serta ketaqwaan kita  kepada Allah SWT. Jadilah kita di kalangan hambanya yang melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan apabila kita taat kepada Allah dan Rasul-Nya, kita akan tergolong di kalangan hamba-Nya yang mendapat  nikmat kesejahteraan di dunia mahupun di akhirat.
Marilah sama-sama kita menghayati khutbah yang bertajuk: "PROTOKOL YAHUDI MENGHANCURKAN UMMAT".

Masyarakat Yahudi adalah satu golongan yang sememangnya dilaknat oleh Allah SWT kerana kesesatannya dan kezalimannya menderhakai Allah dan Rasulnya serta menzalimi Umat Islam semenjak dahulu sehinggalah kini. Allah SWT amat melarang Umat Islam menjadikan mereka sebagai teman rapat dan rakan taulan khususnya dalam mengurus hal ehwal berkaitan Islam.
Firman Allah SWT dalam Surah Al-Maidah ayat 51:
"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai pemimpin-pemimpin kamu, kerana sebahagian mereka menjadi pemimpin kepada sebahagian yang lain. Sesiapa antara kamu yang menjadikan mereka pemimpinnya, maka sesunggguhnya dia adalah daripada golongan mereka itu. Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang zalim".

Berdasarkan ayat tersebut jelaslah bagi kita bahawa bangsa Yahudi adalah bangsa yang zalim dan mereka sentiasa mengadakan propaganda untuk menghancurkan ummat di dunia ini terutamanya kepada Ummat Islam. Kita melihat mereka menjajah, merampas tanah air dan membunuh Umat Islam di Palestin dan di tempat lain pula mereka membunuh semangat, akidah dan menjajah fikiran dengan pelaksanaan ghazwatul fikr iaitu bentuk penjajahan pemikiran melalui protokol Yahudi.

Sekiranya kita merujuk kepada 24 protokol Yahudi, maka yang ke-empatnya adalah "Bangsa Yahudi mestilah menghapuskan segala bentuk kepercayaan agama serta mengikis daripada hati orang bukan Yahudi prinsip ketuhanan dan menggantikannya dengan perkiraan kebendaan dan lain-lain yang melalaikan".

Protokol Yahudi ini kian mempengaruhi hidup generasi muda  sehinggakan ramai umat Islam telah di cengkam oleh pemikiran Yahudiah dan akhirnya umat Islam khususnya generasi muda kita jatuh tersungkur.
Firman Allah SWT dalam Surah al-Baqarah ayat 120:

"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepada engkau (Wahai Muhammad) sehingga engkau menurut millah (agama) mereka (yang telah terpesong itu)".

Di antara perkara yang menggempur pemikiran Umat Islam ialah dengan pelaksanaan‘5S' iaitu screen, smoke, sport, sing & song dan seks.

1.   ‘Screen' atau filem. Melalui filem, Yahudi berjaya melakukan propaganda  memburuk-burukkan Islam, menghina Rasulullah, menggalakkan pergaulan bebas di kalangan muda-mudi, menampilkan fesyen dan budaya songsang, melahirkan fahaman dan akidah sesat dan sebagainya.

2.    ‘Smoke' atau rokok. Melalui rokok inilah kita menyumbangkan kira-kira 10 juta dollar U.S sehari membantu ekonomi Yahudi untuk membunuh Umat Islam di Palestin. Malah melalui rokoklah akhirnya boleh melarat kepada penagihan najis dadah.

3.   ‘Sport' atau sukan. Pelaksanaan temasya sukan yang ditaja oleh syarikat-syarikat arak dan rokok dalam menjayakannya, pendedahan aurat yang nyata, pergaulan bebas dan terdapat unsur-unsur Majusiah iaitu unggun api di dalam pelaksanaannya.

4.   ‘Sing&Song' atau nyanyian. Melalui nyanyian dan hiburan telah banyak memesongkan akidah Umat Islam dengan pemujaan terhadap syaitan dan wanita yang mengakibatkan kelalaian dan lupa kepada Allah dan Rasul.

5.   ‘Seks'. Penerapan budaya songsang di kalangan masyarakat terutamanya belia. Berlakunya pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan sehingga merangsang perlakuan seks yang tidak terkawal. Natijahnya ramai anak zina yang lahir dan ianya sangat mengancam generasi Islam pada masa akan datang.

Bagaimanakah cara dan kaedahnya bagi kita Umat Islam untuk mengawal daripada pengaruh  fenomena protokol Yahudi ini? Antara kaedah dan caranya ialah;

1.   Wajib bagi Umat Islam kembali kepada pegangan akidah yang ampuh pemahaman syariat yang benar dan pengamalan akhlak yang terpuji mengikut apa yang dibawa oleh Rasulullah saw kepada kita.

2.   Tarbiyyah dan didikan anak-anak kepada asas ilmu dan ibadah yang istiqamah adalah jaminan keselamatan generasi kita yang akan datang dan mampu menjadi benteng serangan pemikiran dan protokol Yahudi.

3.   Wajib bagi kita mengenali musuh-musuh Islam yang sentiasa memerangi aqidah, syariat dan akhlak-akhlak Islam.

4.   Wajar bagi Umat Islam mengatur strategi untuk melumpuhkan ekonomi Yahudi dengan memboikot atau memberhentikan urusan perdagangan dengan Yahudi.

5.   Umat Islam mesti berani menguasai medium dakwah alaf baru untuk menarik minat generasi muda dekat dengan Islam melalui wasilah hiburan, sukan, filem, internet dan sebagainya yang tidak bercanggah dengan syariat.

6.   Semua lapisan masyarakat bertanggungjawab menjelaskan kepada orang ramai bahayanya protokol yahudi ini.

Pihak pemerintah hendaklah menganjurkan program pendidikan dan tarbiyyah bagi menjelaskan bahayanya protokol ‘5S'  Yahudi kepada masyarakat.
"Orang-orang kafir dari Bani Israil telah dilaknat melalui lidah (doa) Nabi Daud dan Nabi Isa Ibni Maryam. Demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu melampaui batas".  
                                                                                                                         (Al-Maidah : 78) 

 sumber:Khutbah Jumaat Masjid Kg Kuantan

MUHASABAH DIRI SEBAGAI PEMIMPIN


Bertaqwalah kepada Allah dan ingatlah bahawa Allah SWT tidak menjadikan manusia diatas muka bumi ini dengan sia-sia. Bahkan manusia diciptakan untuk melaksanakan amanah daripada Allah SWT sebagai khalifah. Manusialah satu-satunya makhluk yang menyatakan kesanggupan untuk menjalankan amanah ini.
Tajuk khutbah kita pada kali ini adalah "MUHASABAH DIRI SEBAGAI PEMIMPIN".
Firman Allah SWT dalam surah Al-Ahzab ayat 72:
"Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanah (tanggungjawab agama)kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya. (Pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikul amanah itu. (Ingatlah) sesungguhnya (kebanyakan) manusia adalah suka melakukan kezaliman dan amat bodoh".      
                                                             
Kesemua manusia adalah pemimpin dan di akhirat kelak semua pemimpin ini akan ditanya,disoal,dibicarakan dalam melaksanakan amanah ini.
Hadis daripada Ibnu Umar R.A bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda;

"Bahawa sesungguhnya setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan dipersoalkan tentang kepimpinan, pemerintah adalah pemimpin manusia dan dia akan dipersoalkan tentang kepimpinannya, seorang suami adalah pemimpin bagi keluarganya dan dia akan dipersoalkan tentang kepimpinannya , seorang isteri adalah pemimpin rumahtangga dan anak anaknya dan ia akan dipersoalkan tentang kepimpinannya,seoarang hamba adalah pemimpin bagi harta tuannya dan dia akan dipersoalkan tentang kepimpinannya Maka ingatlah sesungguhnya setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan dipersoalkan tentang kepimpinannya".
                                                                                                        (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Kita sebagai pemimpin hendaklah sedar bahawa kepimpinan adalah amanah daripada Allah SWT. Jika kita berjaya menunaikan amanah ini dengan penuh tanggungjawab dan adil terhadap orang bawahan kita, maka kita akan mendapat naungan Allah SWT di akhirat kelak . Sekiranya kita gagal menunaikan amanah ini, dengan tidak melaksanakan tanggungjawab dengan melakukan penyelewengan, kezaliman, penyalahgunaan kuasa, pecah amanah, rasuah dan sebagainya, maka nescaya akan dibalas oleh Allah SWT dengan balasan yang dahsyat diakhirat kelak.

Maksud muhasabah itu adalah menilai perilaku yang lalu dan memperelokkan diri yang lahir dari jiwa seseorang yang tulus ikhlas berasaskan kehendak  agama. Ia juga boleh diertikan sebagai proses mendidik diri agar sentiasa memelihara diri dari segala kejahatan yang pernah dilakukan atau menghalang diri dari  melakukan kejahatan yang boleh menjadi pengalang untuk mendapat keredhaan dari Allah SWT.
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
"Orang yang pintar ialah orang yang menghitung dirinya serta beramal untuk hari selepas kematiannya  sementara orang yang lemah ialah orang yang mengikut hawa nafsunya serta beragan-angan terhadap Allah dengan angan-angan (yang banyak)".
                                                                                               (Riwayat al-Tarmizi dan Ibnu Majah)

Bermuhasabah adalah suatu perkara yang amat penting dan menjadi pemangkin dalam kehidupan seorang mukmin dan perlu disebatikan dalam jiwa sanubarinya kerana kita semua adalah sebagai pemimpin.
Bagi memastikan agar setiap insan  bergelar pemimpin  tidak  terjerumus dalam kemurkaan Allah maka menjadi keperluan untuk sentiasa bermuhasabah dan menghitung diri tentang tujuan pelantikan dan matlamat kehidupannya. Sebelum bermuhasabah perlu untuk setiap kepimpinan mengetahui tanggungjawab sebagai seseorang pemimpin . antaranya ialah  hendaklah:

Pertama       :      Memastikan ibadat solat menjadi keutamaan bagi dirinya dan seluruh   pimpinannya.
Apabila bermuhasabah maka rukun utama ini perlu dititik beratkan. Tiada gunanya bermuhasabah seandainya perkara asas ini diabaikan. Sehubungan itu perlu untuk setiap pemimpin menjadikan solat sebagai keutamaan dan semoga matlamat dan tujuan dapat dicapai. Solat adalah doa yang menjadi penghubung secara langsung dengan Allah SWT yang  menjadi tiang kepada agama. Barang siapa yang mendirikan solat maka ia telah mendirikan agama dalam dirinya dan barang siapa yang meninggalkan soalt sesungguhnya ia telah meruntuhkan agama dalam dirinya.

Kedua         :       Memastikan sumber pendapatan  bersih daripada sebarang sumber yang diharamkan oleh Allah SWT.
Selain dari memahami pentingnya bermuhasabah maka kita tidak boleh mengabaikan perkara yang boleh menyebabkan doa kita di tolak olah Allah SWT. Pendapatan yang diperolehi akan menjadi sumber makan minum dan akan menjadi  darah daging  samada untuk diri , keluarga juga seluruh tanggungannya .
Jika sumber pendapatan ini tidak diawasi amat besar kesan dan akibatnya.  Justeru, apabila seseorang itu dilantik sebagai pemimpin, maka janganlah ia mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan duniawi dengan menafikan hak orang lain.

Perkara ketiga sebelum menjadikan muhasabah sebagai pemangkin dalam kehidupan iaitu menitikberatkan soal Amar Makruf dan Nahi Munkar, yakni mendidik diri dan pimpinannya  supaya sentiasa mematuhi perintah Allah SWT dan meninggalkan larangannya. Keseimbangan antara melakukan perkara yang baik dan meninggalkan perkara yang buruk adalah satu perkara yang sering diabaikan oleh manusia.\

Apabila kita dilantik atau dipilih sebagai pemimpin, maka itu sebenarnya bukanlah satu berita gembira bagi kita. Kepimpinan bukan satu kebanggaan, bukan satu kehebatan dan bukan pula satu perkara yang menyeronokkan,tetapi kepimpinan adalah amanah Allah SWT yang perlu dipikul dengan penuh tanggungjawab. Kepimpinan bermakna kita menerima bebanan besar dan akan dibicarakan oleh Allah SWT di Padang Mahsyar kelak.Setiap pemimpin hendaklah sedar tentang pentingnya  bermuhasabah diri untuk menjadi pemimpin yang cemerlang di dunia dan cemerlang di akhirat. 

Marilahkita sentiasa jadikan muhasabah diri sebagai rutin harian kita untuk menjadi pemangkin kepada kemajuan diri dan terlepas daripada azab Allah SWT pada hari pembalasan.
Dan "kitab-kitab amal" juga tetap akan dibentangkan, maka engkau akan melihat orang yang berdosa itu, merasa takut akan apa yang tersurat di dalamnya; dan mereka akan berkata, "Aduhai celakanya kami, mengapa kitab ini demikian keadaannya? Ia tidak meninggalkan yang kecil atau yang besar, melainkan semua dihitungnya!" Dan mereka dapati segala yang mereka kerjakan itu sedia (tertulis di dalamnya). (Ingatlah) Tuhanmu tidak menzalimi walau seorang pun".
                                                                                                                           (Al-Kahfi : 49)

 sumber:Khutbah Jumaat Masjid Kg Kuantan

MENANGKIS PENGHINAAN TERHADAP NABI MUHAMMAD S.A.W

Marilah kita bersyukur dengan nikmat Islam dan Iman yang telah kita kecapi selama ini dengan berusaha menambahkan ilmu dan amal serta ketaqwaan kita  kepada Allah SWT dengan melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Marilah kita memperbanyakkan zikir kepada Allah SWT dan memperbanyakkan selawat dan salam ke atas Rasulullah s.a.w serta berusaha melaksanakan segala sunnahnya. Mudah-mudahan ianya akan memberikan manfaat kepada kita di dunia dan di akhirat.
Marilah sama-sama kita menghayati khutbah yang bertajuk: "Menangkis Penghinaan Terhadap Nabi Muhammad S.A.W".


Kita menyedari bahawa penghinaan terhadap Baginda Nabi Muhammad saw bukan suatu perkara yang baru, malah ia telah berlaku sejak awal Baginda saw diutuskan lagi. Pelbagai cacian, dan penghinaan yang dilakukan musuh Islam seperti Abu Lahab dan Abu Jahal serta kaum musyrikin Makkah dalam cubaan untuk menghalang dan menyekat perkembangan  agama yang diredhai oleh Allah SWT. Mereka menuduh Nabi gila, ada yang menghina Nabi sebagai pemecah belah masyarakat dan tidak kurang ada yang mengatakan Nabi sesat dan sebagainya.

Kita menyedari bentuk-bentuk penghinaan terhadap Baginda saw berlaku mengikut peredaran zaman. Bermula daripada zaman Baginda saw sehingga kini. Namun kita yakin dan percaya bahawa Allah SWT sentiasa membela dan memelihara rasul tercinta daripada fitnah ini.
Firman Allah SWT dalam Surah al-Hijr ayat  95-96:
"Sesungguhnya Kami tetap menjagamu daripada kejahatan orang Yang mempersendakanmu, (Iaitu) mereka yang mengadakan Tuhan yang lain selain Allah, maka mereka akan mengetahui (akibatnya)".

Sedarlah wahai Umat manusia bahawa golongan yang mempersendakan Rasulullah s.a.w ini akan di azab oleh Allah sebagaimana Firman Allah SWT dalam Surah at-Taubah ayat 61:
"Dan orang-orang yang menyakiti Rasulullah itu, bagi mereka azab yang pedih".

Kita menyedari bahawa usaha-usaha ini telah didalangi oleh gerakan zionis Yahudi antarabangsa bagi menyesatkan  Umat Islam khususnya generasi muda atau ‘Y' ini agar keliru dan tidak yakin dengan Islam sebagai agama sebenar. Musuh-musuh Islam melancarkan propaganda dan kebencian terhadap Islam melalui pelbagai langkah negatif seperti menerbitkan video anti-Islam,  pemaparan siri-siri karikatur menghina nabi seperti yang diterbitkan oleh sebuah akhbar di Denmark, karikatur menghina Nabi juga pernah dipamirkan di pusat warisan di Sweden, Nabi Muhammad saw digambarkan sebagai seorang pengganas dan sebagai seorang yang tidak bermoral,  dan yang terkini pada bulan September tahun 2012 satu lagi karikatur anti-Islam yang memfitnah nabi di sebuah majalah mingguan di Perancis juga atas tujuan yang sama telah diterbitkan atas tujuan menghina dan menyakiti Umat Islam.

Apa yang sangat mendukacitakan kita ialah terkadang muncul golongan yang berketurunan Islam tanpa rasa malu dan tanpa rasa bersalah telah turut serta menghina junjungan besar Rasulullah saw ini seperti Salman Rushdie seorang warga Iran dengan karyanya "The Satanic Verses". Muncul pula Taslima Nasreen warganegara Bangladesh yang menulis karya menghina Nabi sehingga karyanya diulang cetak di Negara Barat yang membolehkan beliau hidup disalut kekayaan serta diberi perlindungan di Negara Barat. Di Negara Timur Tengah pula muncul seorang penulis novel warganegara Syria iaitu Haidar Bin Haidar yang bermastautin di Mesir sewaktu zaman Hosni Mubarak yang telah memalsukan watak sebenar Nabi saw, Saidatina Khadijah dan Saidatina Aishah di dalam novel karangannya yang dipenuhi penghinaan terhadap Rasulullah saw.

Begitu juga kadangkala muncul sebahagian di kalangan Umat Islam termasuk pemimpinnya yang jahil tentang selok belok agama dan Sirah Nabi saw telah cuba memutarbelitkan fakta berkenaan Sirah dan Sunnah Baginda, menyatakan hukum Islam hanya sesuai  di zaman nabi tidak sesuai zaman hari ini,  juga menutup aurat hanya kerana orang Arab adalah kuat nafsu. Orang Arab berjanggut kerana dahulu tidak ada pisau jilid  adalah sebahagian siri-siri penghinaan terhadap Rasulullah saw tanpa disedari.
Kita mungkin tidak begitu pasti mengenai motif penghinaan terhadap Rasulullah saw dan agama Islam ini. Lebih-lebih lagi sekiranya kenyataan berupa penghinaan itu datang daripada mereka yang mengaku beragama Islam sendiri. Adakah ia bertujuan mengelirukan orang Islam dari segi akidah dan syariatnya atau adakah penghinaan itu bertujuan menjatuhkan agama Islam itu sendiri? Umat Islam perlu menjadi sensitif mengenai perkara ini dan kita tidak boleh membiarkannya berterusan berlaku begitu saja.

Oleh itu, dalam menangani perkara sebegini Umat Islam hendaklah sentiasa berada di barisan hadapan dengan mengambil pendekatan yang bersesuaian serta mampu menangkis penghinaan terhadap Rasulullah s.a.w. Ia memerlukan sifat berani sebagai penentu, bukan semata-semata sebagai pemerhati, berdiam diri dan pasif tanpa sebarang tindak balas. Umat Islam hendaklah sentiasa mengambil langkah-langkah wajar bagi menangkis serangan-serangan musuh Islam seperti:

1.      Umat Islam mestilah meneladani Rasulullah s.a.w dalam semua tindakan, ucapan, akhlak dan keseluruhan kehidupannya. Inilah merupakan resipi utama untuk menangani penghinaan terhadap Rasulullah saw dan Agama Islam.
Firman Allah SWT dalam Surah Ali Imran ayat 31:
"Katakanlah (Wahai Muhammad): "Jika kamu benar-benar mencintai Allah maka ikutilah aku, nescaya Allah mencintai kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. (Ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyayang".

2.      Umat Islam wajib membela dan mempertahankan peribadi Rasulullah s.a.w,  memperjuangkan serta melaksanakan ajarannya.
Firman Allah SWT dalam Surah al-Fath ayat 8-9:
"Sesungguhnya Kami telah mengutusmu (Wahai Muhammad) sebagai Rasul yang menjadi saksi (terhadap umatmu di akhirat kelak), pembawa berita gembira (kepada orang yang beriman), dan pemberi amaran (kepada orang yang ingkar). (Kami mengutusmu, Wahai Muhammad) supaya kamu (engkau dan umatmu) beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, menguatkan agama-Nya dan memuliakan-Nya, serta supaya kamu bertasbih (beribadah) kepada-Nya pada waktu pagi dan petang".

3.      Wajib ke atas Umat Islam memerangi orang yang memerangi agamanya serta wajib mempertahankan agama daripada musuh-musuhnya.
Firman Allah SWT dalam Surah al-Anfal ayat 39:
"Perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah (syirik), dan supaya agama itu semata-mata untuk Allah. Kemudian jika mereka berhenti (daripada kekufurannya dan gangguannya, nescaya mereka diberikan balasan yang baik) kerana sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang mereka kerjakan".

4.      Wajib ke atas Umat Islam menolong dan memperjuangkan agamanya agar ianya sentiasa dihurmati dan dimuliakan.
Firman Allah SWT dalam Surah Muhammad ayat 7-8:
"Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan pendirian kamu. (Sebaliknya) orang-orang yang kafir, maka kecelakaanlah bagi mereka, dan (Allah) mensia-siakan amalan mereka".

5.      Wajib ke atas Umat Islam memberitahu dan menjelaskan bahawa orang-orang yang menghina Nabi akan diazab dan diseksa semenjak di dunia ini lagi.
Firman Allah SWT dalam Surah al-Ahzab ayat 57:
"Sesungguhnya orang yang melakukan perkara yang menyakiti Allah dan Rasul-Nya, maka Allah melaknat mereka di dunia dan di akhirat, serta menyediakan untuk mereka azab yang menghina".

6.      Umat Islam dikehendaki memperbanyakkan selawat dan memperbanyakkan menyebut-nyebutnya.
Firman Allah SWT dalam Surah al-Ahzab ayat 56:
"Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya".

7.    Sangat berharap dan rindu untuk bertemunya sekalipun terpaksa mengadaikan harta dan keluarganya.
Hadis Nabi s.a.w riwayat Muslim:
"Di antara umatku yang paling mencintaiku adalah orang-orang yang hidup selepasku, salah seorang daripada mereka sangat ingin melihatku walaupun terpaksa mengadaikan keluarga dan hartanya".

8.    Umat Islam mesti berani mendepani medium dakwah bentuk baru untuk menarik minat generasi muda agar berjinak-jinak mendekati Islam melalui wasilah hiburan, sukan, filem, internet dan sebagainya yang tidak bercanggah dengan syariat demi kelangsungan Islam di samping penerapan budaya ilmu, cintai masjid dan sebagainya.
Firman Allah SWT dalam surah an-Nahl ayat 125:
"Serulah ke jalan Tuhanmu (Wahai Muhammad) dengan hikmah (kebijaksanaan) dan nasihat pengajaran yang baik dan berbahaslah dengan mereka dengan cara yang terbaik...".  

9.    Tindakan menghina nabi adalah perlakuan jenayah dan wajib ke atas pemerintah Islam mengambil tindakan sewajarnya ke atas pelakunya.
Marilah Muslimin sidang Jumaat sekalian, kita kembali melaksanakan segala sunnah baginda dan memperjuangkan Islam agamanya.Tanpa jihad dan pengorbanan pasti akan gagal bagi kita mempertahankan agama tercinta ini daripada anasir-anasir jahat dan musuh-musuh yang sentiasa berusaha untuk mengalahkan kita.
"Dan sesiapa Yang menentang (ajaran) Rasulullah sesudah terang nyata kepadanya kebenaran pertunjuk (yang dibawanya), dan ia pula mengikut jalan Yang lain dari jalan orang-orang Yang beriman, Kami akan memberikannya Kuasa untuk melakukan (kesesatan) Yang dipilihnya, dan (pada hari akhirat kelak) Kami akan memasukkannya ke Dalam neraka jahanam; dan neraka jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali".  
                                                                                                                         (An-Nisa' : 115)

 sumber:Khutbah Jumaat Masjid Kg Kuantan

MEMUPUK PERASAAN CINTA TERHADAP NABI MUHAMMAD S.A.W




Marilah sama-sama kita meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT dengan penuh ketaatan, keyakinan dan keikhlasan. Iaitu dengan melaksanakan segala suruhanNya dan meninggalkan segala laranganNya. Mudah-mudahan kita menjadi insan yang bertakwa seterusnya selamat dan berjaya di dunia serta di akhirat.
Pada hari yang mulia ini, bersempena Rabiulawal iaitu bulan kelahiran junjungan mulia Nabi kita Muhammad s.a.w, marilah sama-sama kita menghayati khutbah yang bertajuk: "Memupuk Perasaan Cinta Terhadap Nabi Muhammad S.A.W".
 

Nabi Muhammad s.a.w merupakan nabi teragung dan rasul terulung. Bahkan nama Baginda juga adalah bermaksud "yang terpuji". Baginda merupakan nabi dan rasul terakhir yang diutuskan Allah SWT untuk seluruh makhluk di muka bumi ini.
Baginda sangat berakhlak mulia sehingga Saidatina Aisyah R.A isteri Baginda yang mulia menggambarkan bahawa akhlak Baginda s.a.w adalah al-Quran. Begitu juga Allah SWT telah merakamkan ketinggian akhlak Baginda dalam surah al-Qalam ayat 4:
"Dan sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) benar-benar mempunyai akhlak yang mulia".

Sesungguhnya beriman kepada kenabian dan kerasulan Nabi Muhammad s.a.w merupakan satu tuntutan. Sesiapa yang tidak mengimanani Baginda serta apa yang dibawa dan diajarkan maka tidak sah Islamnya dan kufur hukumnya.

Firman Allah SWT dalam surah al-Fath ayat 13

"(Ingatlah bahawa) sesiapa yang tidak beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya Kami sediakan bagi orang-orang kafir itu api neraka yang bernyala-nyala".
Beriman kepada Baginda s.a.w bermaksud membenarkan kerasulan dan segala risalah yang dibawa dan diajarkan adalah daripada Allah SWT. Beriman dengan Baginda mestilah selari dan sekata di antara hati dan tutur kata. Di antara maksud taat dan patuh kepada Baginda ialah menuruti segala yang dibawa dan diajarkan serta menjauhi segala yang dilarang.

Hadis daripada Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
"Biarkanlah apa yang aku tinggalkan (diamkan) untuk kalian. Sesungguhnya yang membinasakan umat sebelum kalian adalah kerana banyaknya pertanyaan mereka dan (banyaknya) perselisihan mereka terhadap para nabi mereka. Maka apabila aku melarang sesuatu terhadap kalian, tinggalkanlah. Apabila aku memerintahkan sesuatu kepada kalian, maka kerjakanlah semampu kalian".                             (Riwayat al-Bukhari)

Pengutusan Nabi Muhammad s.a.w merupakan nikmat dan rahmat Allah SWT kepada sekelian alam. Ini kerana usaha yang Baginda dilaksanakan, dakwah yang disampaikan dan rintangan yang dilalui maka kita dapat mengecapi nikmat iman dan Islam hingga ke hari ini. Begitu juga dengan warisan al-Quran dan al-Sunah yang ditinggalkan maka dengan keduanya manusia terselamat daripada hidup dalam kegelapan kepada cahaya kebenaran.
Hadis daripada Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
"Tidak sempurna iman seseorang kamu sehinggalah aku menjadi orang yang paling dia cintai melebihi ibu bapanya, anaknya, dan seluruh manusia yang lainnya".                                                 (Riwayat al-Bukhari)

Mencintai Nabi Muhammad s.a.w dengan mematuhi segala suruhan dan tegahan Baginda adalah termasuk tuntutan mencintai Allah SWT. Melalui cinta dari Allah SWT maka segala dosa-dosa akan diampunkan.
Firman Allah SWT dalam surah Ali Imran ayat 31:
"Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika kamu benar-benar mencintai Allah maka ikutilah aku, nescaya Allah mencintai kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. (Ingatlah), Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang".

Dalam memenuhi tuntutan keimanan dan tujuan meraih kecintaan Allah SWT, perasaan cinta kepada kekasih-Nya iaitu Nabi Muhammad s.a.w perlu dipupuk dan disemarakkan. Namun persoalannya, bagaimana perasaan cinta terhadap Baginda dapat ditanam dan disuburkan?
Perasaan cinta kepada Baginda s.a.w hanya akan wujud setelah keperibadian Baginda dikenali, dipelajari dan dihayati. Bagi setiap orang yang mengaku beriman kepada Allah SWT dan rasul-Nya maka wajib ke atasnya dirinya dan keluarganya untuk mengenali Baginda dengan lebih dekat sama ada melalui majlis-majlis pengajian, pembacaan kitab-kitab sirah, bacaan qasidah, rawi dan sebagainya.
Amat malang sekiranya ada di kalangan generasi kita umat Islam pada hari ini yang tidak mengenali Nabi, apatah lagi isteri-isteri, anak-anak dan para sahabat Baginda. Malang juga bagi ibubapa yang tidak mendidik anak-anak dalam mengenali dan mencintai Baginda Nabi Muhammad s.a.w. Malang bagi umat ini kerana apabila Nabi tidak lagi dikenali maka ajaran Baginda akan ditinggalkan dan ianya akan membawa kepada kesesatan, kemusnahan dan kehinaan.

Berselawat ke atas Baginda s.a.w dapat menyuburkan rasa cinta terhadap Baginda. Sesiapa yang berselawat ke atas Baginda sekali maka Allah SWT akan berselawat iaitu mengurniakan rahmat dan ganjaran terhadapnya sepuluh kali. Begitu juga mereka yang banyak berselewat kepada Baginda adalah manusia yang paling utama menerima syafaat Baginda di hari perhitungan kelak.
Daripada Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
"Orang yang paling utama denganku (syafaatku) adalah mereka yang paling banyak selawatnya keatasku".                                                                                                    (Riwayat al-Bukhari)

Selain itu, mencintai Rasulullah s.a.w juga bermaksud mencintai kaum keluarga Baginda iaitu "Ahli al-Bait".
Mencintai Rasulullah s.a.w bermaksud menuruti segala suruhan dan larangan Baginda. Iaitu dengan menuruti segala apa yang datangnya daripada Baginda, meninggalkan segala yang dilarang, membenci apa sahaja yang dibenci dan menyayangi serta mencintai apa sahaja yang disayangi dan dicintai Baginda. Setiap muslim sewajarnya memastikan akidah, syariat dan akhlak mereka adalah berpandukan petunjuk al-Quran dan al-Sunah yang ditinggalkan. Ingatlah, ilmu adalah kunci ke arah keselamatan. Kerana tanpa ilmu segala urusan tidak akan terpandu. Sesungguhnya, segala panduan kehidupan telah ditunjuk dan dijelmakan oleh Rasulullah s.a.w.

Kesimpulan yang dapat dirumuskan daripada khutbah hari ini ialah:
Pertama      :       Mencintai Baginda Nabi Muhammad s.a.w merupakan sebahagian tuntutan keimanan. Setiap muslim wajib beriman, mentaati dan mencintai Nabi Muhammad s.a.w.
Kedua         :       Al-Quran dan al-Sunah merupakan pusaka peninggalan Nabi s.a.w yang dapat menyelamatkan seluruh umat manusia dari terjerumus ke dalam kesesatan dan kegelapan kepada kebenaran dan cahaya iman.
Ketiga         :        Rasulullah s.a.w merupakan contoh teladan terunggul yang selayaknya diteladani. Baginda telah menunjukkan segala contoh dalam segala soal kehidupan seperti pemerintahan, pendidikan, ekonomi dan lain-lain lagi.
Keempat     :       Mengakui bahawa Nabi Muhammad s.a.w adalah Nabi dan Rasul yang terakhir. Maka barangsiapa yang mengakui bahawa dirinya adalah Nabi atau Rasul akhir zaman, maka ia adalah sesat lagi menyesatkan.
"Sesungguhnya orang-orang yang melakukan perkara yang menyakiti Allah dan Rasul-Nya, Allah melaknat mereka di dunia dan di akhirat, serta menyediakan untuk mereka azab yang menghina".  
                                                                                                                          (Al-Ahzab : 57)

 sumber:Khutbah Jumaat Masjid Kg Kuantan