Friday

KEPERLUAN ZIKIR DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN

Zikir merupakan sebaik-baik ibadat, ketaatan dan taqarrub kepada Allah SWT. Zikir bermaksud perbuatan dan amalan mengingati Allah SWT dengan menyebut lafaz-lafaz tertentu seperti lafaz tasbih , tahmid, takbir , tahlil , berselawat, berdoa dan sebagainya sama ada dengan lidah atau dengan hati. Perintah supaya sentiasa berzikir dan mengingati Allah SWT banyak disebutkan dalam al-Quran, antaranya;

Firman Allah SWT dalam surah al-Ahzab ayat 41-42:
"Sesungguhnya orang munafik itu melakukan tipu daya (terhadap agama) Allah (dengan pura-pura beriman sedang mereka kafir pada hakikatnya), dan Allah pula tetap membalas tipu daya mereka (dengan membiarkan mereka dalam keadaan munafik). Apabila mereka berdiri untuk bersolat, mereka berdiri dengan malas. Mereka (hanya bertujuan) riak (menunjuk-nunjuk) kepada manusia (supaya disangka bahawa mereka orang yang beriman), dan mereka pula tidak mengingati Allah melainkan sedikit sekali (jarang-jarang sekali mengerjakan solat)".


Kesimpulan khutbah yang dapat diambil pada hari ini ialah:

Pertama      :       Perintah berzikir dan mengingati Allah SWT tidak terbatas kepada waktu, masa dan tempat tertentu sebagaimana perintah dan kefarduan yang lain. Sebaliknya setiap mukmin diperintahkan untuk berzikir dan mengingati Allah SWT dengan sebanyak-banyaknya pada setiap tempat dan waktu.

Kedua        :        Berzikir dan mengingati Allah SWT mempunyai kelebihan yang banyak. Antaranya, berzikir mengundang rahmat, keampunan, ketenangan dan sebagainya.

Ketiga        :         Ancaman kerana melalaikan zikir dan mengingati Allah SWT tercatat banyak di dalam al-Quran dan hadis-hadis. Antaranya, kelalaian berzikir mengundang kemurkaan Allah SWT, jiwa mudah dipengaruhi dan dikuasai syaitan dan sebagainya.

Keempat    :        Amalan zikir sebagaimana yang diajarkan oleh ulama silam dan diamalkan pada hari ini seperti zikir selepas solat secara perseorangan atau berjemaah, majlis bacaan Yasin dan tahlil atau sebagainya merupakan sebahagian daripada majlis yang digalakkan.

"Wahai orang-orang yang beriman, ingatlah serta sebutlah nama Allah sebanyak-banyaknya; dan bertasbihlah kepada-Nya pada waktu pagi dan petang".

Berdasarkan ayat tersebut dan dalil-dalil yang lain, ulama mengulas bahawa perintah berzikir dan mengingati Allah SWT mempunyai keunikan dan keistimewaan tersendiri berbanding perintah-perintahNya yang lain. Antaranya, perintah berzikir dan mengingati Allah SWT tidak terbatas dengan bilangan tertentu seperti perintah solat lima waktu. Perintah berzikir dan mengingati Allah SWT tidak dikhususkan perlaksanaannya pada waktu-waktu tertentu seperti perintah solat, puasa, zakat dan haji. Sebaliknya perintah berzikir dan mengingati Allah SWT ialah dengan sebanyak-banyaknya, pagi dan petang serta dengan hati, lidah dan juga anggota. Perintah berzikir dan mengingati Allah SWT juga perlu dilaksanakan sama ada secara perseorangan atau berkumpulan, secara senyap atau nyaring dan di masjid atau di tempat-tempat lain.


Terdapat banyak ayat al-Quran, hadis dan athar yang menyatakan kelebihan berzikir dan mengingati Allah SWT. Antaranya ialah:

Pertama      :       Berzikir dan mengingati Allah SWT menjanjikan pengampunan dan ganjaran pahala yang besar.

Firman Allah SWT di dalam surah al-Ahzab ayat 35:
"...Dan orang lelaki yang (berzikir) menyebut nama Allah dengan sebanyak-banyaknya serta orang-orang perempuan yang menyebut nama Allah dengan sebanyak-banyaknya, Allah telah menyediakan bagi mereka semua keampunan dan pahala yang besar".

Kedua       :         Majlis zikir dan mengingati Allah SWT dengan pembacaan al-Quran dan sebagainya adalah majlis yang dikerumuni para malaikat, membawa rahmat dan ketenangan kepada mereka turut serta dalam majlis tersebut.

Hadis daripada Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:
"Tidak berhimpun satu kaum di mana-mana masjid sedang mereka membaca kitab Allah (al-Quran) dan mereka mendalaminya sesama mereka, melainkan diturunkan ke atas mereka ketenangan, diliputi dengan rahmat-Nya dan dikelilingi  oleh  para malaikat dan Allah menyebut-nyebut mereka  kepada para Malaikat yang berada bersamanya".                                                    

                                                                               (Riwayat Muslim)

Ketiga        :         Ahli zikir merupakan semulia makhluk di sisi Allah SWT pada hari kiamat. Ahli zikir adalah mereka yang suka berzikir dan menyertai majlis zikir. Majlis zikir turut disebutkan sebagai majlis yang paling mulia di sisi Allah SWT.

Daripada Abu Said al-Khudri RA bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda:
"Allah Azza wa Jalla berfirman akan pada hari kiamat: Semua golongan akan menegtahui siapakah golongan yang paling mulia. Rasulullah SAW ditanya: Siapakah golongan yang paling mulia itu ya Rasulullah? Baginda menjawab: Ahli zikir di rumah-rumah Allah".                                                 
                                                                                 (Riwayat Ahmad)

Keempat      :      Zikir merupakan penyelamat daripada azab Allah SWT. Daripada Muaz bin Jabal RA bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda:
"Tiada sesuatu yang dapat menyelamatkan seseorang daripada azab Allah SWT selain zikir kepada-Nya".(Riwayat At-Tirmidzi)


Selain galakkan berzikir dan mengingati Allah SWT serta kelebihan-kelebihan yang dinyatakan melalui al-Quran dan hadis, di sana terdapat ancaman kepada mereka yang melalaikan zikir dan mengingati Allah SWT. Di antara ancaman tersebut ialah:

Pertama      :       Mereka yang jauh daripada berzikir dan mengingati Allah SWT lebih mudah dipengaruhi syaitan seterusnya lahirlah dosa dan kerosakan.
Firman Allah SWT dalam surah al-Zukhruf ayat 36 dan 37:
"Sesiapa yang memalingkan diri daripada pengajaran (al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang Maha Pemurah, maka Kami akan jadikan baginya syaitan, lalu syaitan itu menjadi temannya yang tidak pernah berpisah daripadanya. Dan sesungguhnya syaitan-syaitan itu tetap menghalangi mereka daripada jalan yang benar, sedangkan mereka menyangka bahawa mereka adalah orang yang mendapat hidayah".

Kedua       :        Lalai daripada berzikir dan mengingati Allah SWT mengundang kemurkaan Allah SWT.
Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda:
"Tidak duduk suatu kaum pada suatu majlis sedang mereka tidak berzikir kepada Allah dan tidak berselawat ke atas Nabi SAW melainkan ke atas mereka kekurangan (berkat). Jika Allah menghendaki, mereka disiksa dan jika Dia menghendaki, mereka diberi pengampunan". 
                                                                              (Riwayat At-Tirmidzi)

Ketiga     :            Lalai serta kurangnya zikir dan mengingati Allah SWT merupakan sebahagian tanda dan sifat orang munafik. Berkata Syeikh Abu al-Hasan al-Syazuli: "Diantara tanda munafik itu ialah beratnya zikir ke atas lidah. Bertaubat kepada Allah SWT meringankan lidah untuk berzikir.

Firman Allah SWT dalam surah an-Nisa ayat 142:
"Sesungguhnya orang munafik itu melakukan tipu daya (terhadap agama) Allah (dengan pura-pura beriman sedang mereka kafir pada hakikatnya), dan Allah pula tetap membalas tipu daya mereka (dengan membiarkan mereka dalam keadaan munafik). Apabila mereka berdiri untuk bersolat, mereka berdiri dengan malas. Mereka (hanya bertujuan) riak (menunjuk-nunjuk) kepada manusia (supaya disangka bahawa mereka orang yang beriman), dan mereka pula tidak mengingati Allah melainkan sedikit sekali (jarang-jarang sekali mengerjakan solat)".


Kesimpulan khutbah yang dapat diambil pada hari ini ialah:
Pertama      :       Perintah berzikir dan mengingati Allah SWT tidak terbatas kepada waktu, masa dan tempat tertentu sebagaimana perintah dan kefarduan yang lain. Sebaliknya setiap mukmin diperintahkan untuk berzikir dan mengingati Allah SWT dengan sebanyak-banyaknya pada setiap tempat dan waktu.

Kedua        :        Berzikir dan mengingati Allah SWT mempunyai kelebihan yang banyak. Antaranya, berzikir mengundang rahmat, keampunan, ketenangan dan sebagainya.

Ketiga        :         Ancaman kerana melalaikan zikir dan mengingati Allah SWT tercatat banyak di dalam al-Quran dan hadis-hadis. Antaranya, kelalaian berzikir mengundang kemurkaan Allah SWT, jiwa mudah dipengaruhi dan dikuasai syaitan dan sebagainya.

Keempat    :        Amalan zikir sebagaimana yang diajarkan oleh ulama silam dan diamalkan pada hari ini seperti zikir selepas solat secara perseorangan atau berjemaah, majlis bacaan Yasin dan tahlil atau sebagainya merupakan sebahagian daripada majlis yang digalakkan.

"Kemudian setelah selesai solat, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah limpah kurniaan Allah, serta ingatilah Allah sebanyak-banyaknya (dalam setiap keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat)".                                                        
                                                                        (Al-Jumu'ah: 10)

sumber: khutbah Jumaat Masjid Kg Kuantan Klang

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.