Jelly Kelapa
Bahan-bahan ( lebih kurang 13 cup spt gambar di bawah )
- 1 paket agar2 serbuk (10gm)
- 2.6 liter air kelapa ~bersamaan 3 biji kelapa muda
- isi kelapa muda
- 11 sudu besar gula ~ mengikut citarasa masing2
- 3 helai daun pandan
Cara-cara
- Masukkan air kelapa muda, serbuk agar2, gula dan daun pandan ke dalam periuk.
- Masaklah hingga mendidih dan masukkan isi kelapa muda. Padamkan api.
- Biarkan sejuk sedikit dan boleh lah dimasukkan kedalam bekas yg disukai.
- Sejukkan dlm peti ais dan bila dah sejuk bolehlah dimakan.
- Sekiranya air kelapa muda tidak mencukupi, bolehlah ditambah dgn air biasa untuk mencukupkan sukatan 2.6 liter.