Wednesday

BUBUR LAMBUK

RESEPI BUBUR LAMBUK UKHUWAH

(RESEPI KAMPUNG BARU)


Bubur lambuk untuk 200 orang

Minyak kelapa 3 kg

Minyak sapi QBB satu tin besar

6 kg daging cincang atau di potong dadu

(Udang besar Jika suka)

6 kg santan

I kg halia muda – di blend

1 kg udang kering- blend separuh hancur

1 kg bawang putih

I kg bawang besar

40 helai daun pandan

rempah - jintan putih, bunga cengkih, bunga lawang

buah pelaga, halba, kulit kayu manis

50 gram serbuk lada hitam – di bancuh dgn air (7)

Garam

1 kg Daun sup & daun bawang

Beras 15 kg – di basuk dan di toskan.(8)

Panaskan minyak kelapa + minyak sapi tumis bawang besar , bawang

putih dah kuning masukkan daun pandan

Masukkan rempah ratus dah garing masukkan daging. Bila air daging

dah kering sikit masukkan halia dan udang kering

Masukkan serbuk lada hitam (7) masak hingga wangi /garing.

Masukkan air sehingga separuh periuk, masak hingga air mendidih

baru masukkan beras (8)

Bila beras dah kembang dan hampir masak masukan santan

Bila siap taburkan daun bawang dan daun sup

Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.