Kepimpinan merupakan perkara asas yang wujud dalam
kehidupan. Fungsi kepemimpinan wujud di semua peringkat masyarakat mengikut tahap-tahap
dan tugas-tugas tertentu. Seorang individu sekurang-kurangnya menjadi pemimpin
kepada dirinya. Seorang individu mungkin merupakan ketua keluarga, ketua
pertubuhan atau organisasi dan ketua negara. Ringkasnya, setiap individu
mempunyai tanggungjawab dan amanah yang perlu dilaksanakan dengan sebaiknya.
Hadis daripada Ibn Umar R.A bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud:
"Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu adalah bertanggungjawab terhadap pimpinannya, seorang ketua negara adalah penjaga dan dia bertanggungjawab terhadap rakyatnya, seorang suami adalah penjaga keluarganya dan dia bertanggungjawab terhadap keluarganya, seorang isteri adalah penjaga rumahtangga suaminya dan dia bertanggungjawab terhadap yang dipimpinnya, seorang khadam (pembantu) adalah penjaga terhadap harta tuannya dan dia bertanggungjawab terhadap dipimpinnya".
(Riwayat al-Bukhari)
Berdasarkan hadis ini, kita semua adalah pemimpin dan setiap pemimpin bertanggungjawab dalam mengurus, mentadbir dan menjaga setiap apa yang diamanahkan kepadanya. Kepimpinan dalam Islam merupakan amanah dan tanggungjawab bagi memastikan keamanan dan kesejahteraan rakyat.
Islam merupakan agama yang meliputi dan menyentuh segala aspek kehidupan. Dalam aspek kepimpinan, Islam telah meletakkan beberapa panduan untuk diteladani. Antaranya:
Pertama : Kepimpinan dalam Islam adalah amanah dan tanggungjawab besar yang perlu dilaksanakan, dipertanggungjawabkan dan tidak boleh diterima dan dipikul secara sambil lewa.
Firman Allah SWT dalam surah al-Ahzab ayat 72:
"Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanah (tanggungjawab agama) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakankannya. (Pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikul amanah itu. (Ingatlah) sesungguhnya (kebanyakan) manusia adalah suka melakukan kezaliman dan amat bodoh".
Kedua : Kepimpinan, jawatan dan pangkat dalam Islam bukanlah suatu perkara yang ditagih dan diminta-minta.
Rasulullah S.A.W. pernah menegur seorang sahabat bernama Abdul Rahman bin Samurah kerana meminta dilantik ke suatu jawatan. Baginda S.A.W. menasihatkannya dengan sabda Baginda:
"Janganlah kamu meminta jawatan kerana apabila kamu diberi jawatan kerana meminta-minta, maka kamu akan dipertanggungjawabkan dengan jawatan itu sepenuhnya, akan tetapi jika kamu diberi jawatan tanpa meminta, maka kamu akan dibantu dalam melaksanakannya".
(Riwayat al-Bukhari)
Ketiga : Kepimpinan dalam Islam merupakan tugas besar yang memerlukan kesediaan rohani dan jasmani. Sekiranya seorang individu itu lemah dan tidak berkemampuan, maka amanah dan tanggungjawab tidak boleh diterima apatah lagi diminta-minta. Abu Dzar RA pernah bertanya kepada Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Wahai Rasulullah kenapa engkau tidak memberi jawatan kepada saya? Baginda langsung menepukkan tangannya di atas bahuku, kemudian bersabda, "Ya Aba Dzar, sesungguhnya engkau ini lemah dan jawatan itu amanah, pada hari kiamat ia akan menjadi penghinaan dan penyesalan kecuali bagi orang yang mengambilnya dengan haknya dan menunaikan hak jawatan yang menjadi kewajipannya".
(Riwayat Muslim)
Kepimpinan dalam Islam bersifat sepadu kerana Islam tidak hanya terbatas dalam urusan dunia atau urusan akhirat semata-mata. Tetapi ajaran Islam meliputi segala urusan dunia dan akhirat, rohani dan jasmani, spiritual dan material bagi tujuan mencapai kebahgiaan dan kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.
Justeru, pemimpin dalam Islam mestilah dipilih dari kalangan orang-orang yang bertakwa, berilmu, berwibawa dan berkelayakan bagi memenuhi segala tututan di atas. Penyerahan kuasa kepada orang yang tidak berkelayakan dan sesuai menurut Islam adalah mengkhianati perintah Allah dan Rasul-Nya.
Pemimpin bertanggungjawab menjaga dirinya daripada melakukan perbuatan mungkar dan keji. Pemimpin bertanggungjawab menjaga segala perkara berkaitan akidah, syariat dan akhlak agar selari dengan kehendak dan tuntutan Islam. Pemimpin bertanggungjawab melaksanakan segala kewajipan dan tugas-tugas yang dipikulkan ke atasnya dengan baik, amanah, bertanggungjawab dan adil.
Firman Allah SWT dalam surah al-Nisa ayat 58:
"Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya. Apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhan-Nya) itu telah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat".
Kepimpinan dalam Islam merupakan amanah berat yang perlu dilaksanakan dengan sebaiknya. Kelalaian dan kegagalan pemimpin dalam melaksanakan tanggungjawab dan amanah sama ada sebagai pemimpin keluarga atau rumah tangga, masyarakat atau negara akan mengakibatkan penyesalan dan kerugian di akhirat kelak. Justeru, setiap pemimpin dalam pelbagai peringkat mestilah berusaha mempertingkatkan kualiti diri dan kualiti kepimpinan ke tahap yang paling cemerlang. Ingatlah kepimpinan dalam Islam bukanlah alat untuk memperoleh kekayaan, pangkat dan kesenangan hidup di dunia, malah ianya merupakan amanah berat yang dikendong dan wajib ditunaikan serta akan dipersoalkan oleh Allah di akhirat kelak.
Untuk menjadi pemimpin yang cemerlang, Rasulullah S.A.W. merupakan contoh teladan terunggul yang selayaknya diteladani. Baginda merupakan contoh ayah, suami, datuk dan rakan yang pengasih dan penyayang serta dikasihi oleh mereka yang berada disekelilingnya. Baginda bukan saja pemimpin agama yang memurnikan keyakinan dan akidah umat manusia dari kegelapan kepada cahaya kebenaran. Bahkan Baginda sendiri adalah pemimpin yang berjaya menyusun pemerintahan terunggul meliputi segala bidang kehidupan manusia, politik, pentadbiran, pertahanan negara, ekonomi, pendidikan, kehidupan sosio budaya masyarakat dan sebagainya. Baginda juga seorang penggubal undang-undang, pembina akhlak dan nilai moral yang tinggi lagi terpuji. Bahkan dikalangan para nabi dan rasul, baginda adalah rasul terulung dan teragung.
Firman Allah SWT dalam surah al-Ahzab ayat 21:
"Sesungguhnya, bagi kamu pada diri Rasulullah itu model ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula banyak menyebut dan mengingati Allah".
Kesimpulan khutbah yang dapat diambil pada hari ini ialah:
Pertama : Kepimpinan adalah amanah dan tanggungjawab yang berat melibatkan semua lapisan individu dan masyarakat.
Kedua : Kepimpinan dalam Islam bersifat sepadu yang berkonsepkan wasatiah atau keseimbangan pembangunan urusan duniawi dan ukhrawi, rohani dan jasmani, spiritual dan material untuk mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.
Ketiga : Rasulullah S.A.W merupakan contoh teladan terunggul yang selayaknya diteladani dalam soal kepimpinan dan segala urusan kehidupan bagi mencapai kejayaan hidup di dunia dan akhirat.
Keempat : Pemimpin Islam mestilah berusaha mewujudkan keamanan dan ketenteraman dalam wilayah di bawah pimpinannya, supaya rakyat dapat memperolehi kesejahteraan hidup.
Kelima : Pemimpin akan menghadapi mahkamah Allah di akhirat, sekiranya cuai dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab terhadap orang yang dipimpinnya.
(Allah berfirman kepada para malaikat): "Himpunkanlah orang yang zalim itu, dan teman-teman karib mereka (syaitan-syaitan), serta sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah serta hadapkanlah mereka ke jalan yang membawa ke neraka dan tahanlah mereka (di tempat perhentian), kerana sesungguhnya mereka akan disoal".
(As-Shaffat : 22-24)
sumber:Khutbah Jumaat Masjid Kg Kuantan Klang

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.