Sekali
lagi dunia dikejutkan dengan serangan tentera Zionis terhadap umat Islam di
bumi Gaza. Gaza yang baru sahaja hendak dibangunkan kembali setelah serangan
2008 dan 2009 lalu, kini berhadapan dengan dentuman peluru-peluru kereta kebal,
peluru berpandu dan sebagainya yang memusnahkan kediaman, bangunan sekolah,
pejabat kerajaan, rumah ibadat dan sebagainya.
Serangan yang berlangsung selama 8 hari itu telah mengakibatkan kematian hampir 200 orang. 50 buah sekolah dibedil, 5 orang warga pendidik terbunuh dan lebih 300 orang cedera. Biarpun tentera Israel telah bersetuju menandatangani perjanjian gencatan senjata, namun tiada siapa boleh memberi jaminan bahawa zionis laknatullah itu akan berpegang kepada janji.
Bukan sekali dua kita mendengar Yahudi melanggar perjanjian damai yang mereka tandatangani. Sesungguhnya ia telah berlarutan sejak sekian lama. Dan ia adalah usaha dan pakatan jahat kuasa-kuasa besar dunia.
Selepas perjanjian Bulfor pada tahun 1917, British mengisytiharkan desakan supaya menubuhkan sebuah Negara, khususnya bagi orang Yahudi di atas bumi Islam Palestin dengan sokongan daripada Amerika Syarikat dan Russia.
Pada 9 April 1948, kumpulan pengganas Yahudi menyerang dan membunuh 250 orang umat Islam di Dir Yasin, sebahagian yang terbunuh adalah kaum wanita yang lemah. Penduduk yang masih hidup diangkut dengan lori dan diarak di hadapan kaum Yahudi untuk dilontar dengan batu. 19 tahun kemudian, iaitu pada Jun 1977, pemimpin jahat yang mengetuai serangan tersebut telah ditabalkan sebagai Perdana Menteri Israel.
Pada 11 Julai 1948, komando Yahudi diketuai oleh Mosyi Dayan menyerang Kampung Al-Lad dan membunuh 426 orang Islam. Seramai 176 orang yang berlindung di dalam masjid juga dibunuh dengan kejam. Penduduk kampong yang masih hidup dihalau keluar dari kampung halaman mereka menyebabkan sebahagiannya mati kelaparan di pertengahan jalan. Paling tragis adalah pada 16 September 1982, berlakunya pembunuhan kejam di perkhemahan pelarian Palestin di Sabra dan Syatila.
Mengapakah bangsa Yahudi sanggup melakukan kekejaman sedemikian rupa? Sebenarnya ia bukanlah sesuatuu yang menghairankan. Sejarah menunjukkan kepada kita bagaimana kaum ini sanggup membunuh para nabi dari kalangan bangsa mereka sendiri. Mereka menunjukkan sikap biadap terhadap Nabi Musa dan Harun. Mereka memburu Nabi Isa. Mereka memotong dan mengerat batang tubuh Nabi Zakaria. Bahkan mereka pernah membunuh 300 orang nabi dalam satu masa.
Firman Allah SWT dalam Surah Ali Imran ayat 21:
"Sesungguhnya orang yang mengingkari ayat-ayat keterangan Allah, membunuh nabi-nabi tanpa alasan yang benar dan membunuh orang yang menyuruh berlaku adil di kalangan manusia, maka sampaikanlah berita yang menggembirakan kepada mereka akan adanya azab yang pedih".
Marilah kita membantu saudara seagama kita yang sedang ditindas dan diperangi dengan pelbagai bentuk bantuan. Antaranya adalah;
Pertama : Marilah kita menadah tangan ke hadrat Allah memohon supaya diberikan pertolongan dan kesabaran kepada mereka. Kita sering berdoa supaya dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, diberi kejayaan anak-anak dalam peperiksaan dan sebagainya. Mengapa tidak kita panjangkan sedikit lagi doa kita khusus untuk Palestin dengan doa seperti ini:
"Ya Allah, Engkaulah Tuhan Yang Maha Mengetahui tentang apa yang menimpa saudara kami di Palestin. Ya Allah mereka diserang dari segenap penjuru. Tanah air dan harta mereka dirampas. Anak-anak mereka ditangkap dan dibunuh. Mereka dikepung dan disekat dari segenap penjuru. Sesungguhnya mereka berada dalam keadaan yang sangat derita".
"Ya Allah, berilah pertolongan kepada mereka. Berikanlah kekuatan dan kemenangan kepada mereka. Ya Allah hancurkanlah gerombolan tentara Zionis yang kejam".
Kedua : Marilah kita hulurkan derma dan sumbangan bagi meringakan beban yang menimpa umat Islam di sana. Peruntukkanlah sebahagian daripada gaji atau pendapatan kita untuk melaksanakan tanggungjawab membantu saudara-saudara kita yang dizalimi.
Ketiga : Mimbar hari ini menyeru supaya umat Islam memulau atau memboikot barangan daripada Israel, Amerika Syarikat dan negara-negara yang bersekutu dengannya.
Keempat : Mimbar juga menyeru syarikat-syarikat dalam negara ini agar tidak menjalinkan hubungan dagang dengan mana-mana syarikat dari negara haram Israel. Janganlah ada syarikat yang mengeksport gula, minyak, tepung atau apa sahaja barangan-barangan ke Israel. Dan janganlah juga mengimport barangan-barangan daripada Israel dan apa sahaja kerjasama dengan mereka.
Kelima : Mimbar juga menyeru seluruh umat Islam supaya bersatu padu atas dasar Islam. Hilangkanlah persengketaan. Angkatlah Al-Quran menjadi perlembagaan hidup. Sesungguhnya dengan berpegang teguh kepada Islam sahaja kita akan dihormati dan digeruni oleh bangsa-bangsa lain.
Sudah sampai masanya semua negara umat Islam mengenepikan segala persengketaan dan seterusnya berpakat dan bersatu menggerakkan pasukan tentera untuk menundukkan keangkuhan dan kesombongan bangsa Yahudi.
Ayuh bersatulah kaum Muslimin sekalian. Ketepikan segala persengketaan. Yakinlah dengan pertolongan Allah sebagaimana disebut dalam hadis daripada Abu Hurairah R.A bahawa Nabi SAW bersabda:
"Tidak akan berlaku qiamat hinggalah orang Islam berjaya memerangi kaum Yahudi lantas berjaya membunuh mereka hingga menyebabkan (sebahagian) Yahudi lari bersembunyi di sebalik pokok kayu dan batu. Maka berkatalah pokok kayu atau batu itu, "Wahai orang Islam. Wahai hamba Allah. Ini dia Yahudi di belakangku. Kemarilah kamu dan bunuhlah dia." (Semua pokok akan berkata begitu) kecuali pokok Gharqad kerana sesungguhnya ia adalah pokok Yahudi".
(Riwayat Muslim)
"Dan nafkahkanlah (apa yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) agama Allah, dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan dan berbuat baiklah kerana sesungguhnya Allah menyukai orang yang berbuat baik".
(Al-Baqarah : 195)
sumber:Khutbah Masjid Kg Kuantan Klang

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.