Pernahkah berlaku kepada anda setelah secara sengaja memadam foto pada kamera, komputer, pemacu USB, atau di mana sahaja dan
kemudian ingin mendapatkan ia kembali? Tahukan anda bahawa anda boleh mendapatkan ia kembali dari memory stick kamera anda.
Perisian Windows akan menghalang anda daripada membuat kesilapan besar dengan menyediakan Recycle Bin, di mana fail dipadam akan di simpan sementara tetapi ia tidak berfunsi untuk pemacu USB luaran, pemacu denyar USB, memory stick.Kini ada lagi cara untuk mendapatkan kembali fail dipadam.
Kembalikan fail atau foto menggunakan Recuva
Perisian yang anda akan gunakan dipanggil Recuva, dan ia adalah amat mudah untuk digunakan.

Setelah memasang perisian, lancarkan wizard Recuva dan mulakan proses memulihkan gambar-gambar yang tidak sepatutnya anda padamkan.
Seterusnya anda perlu mengenalpasti
di mana fail yang anda telah padami. Didalam totorial ini saya akan mencari
fail yang dipadamkan dari kad SD kamera saya.
Halaman seterusnya akan
meminta anda samaada mahu lakukan Imbasan Dalaman. Saya tidak memilih ini untuk
imbasan pertama, kerana biasanya imbasan segara sudah memadai. Anda sentiasa
boleh kembali dan menjalankan imbasan dalan pada kali kedua.
Dan sekarang, anda akan
melihat semua gambar-gambar yang telah dipadam.
Jika terdapat beberapa keputusan
yang dipaparkan, dan anda tahu bila fail telah dicipta atau diubahsuai, anda
boleh beralih kepada ‘advance view’, di mana anda boleh mencari menggunakan
imbasan ‘last modified’. Ini boleh membantu mempercepatkan proses.
Pada ketika
ini, anda boleh klik kanan pada mana-mana nama fail, dan memilih untuk
dipulihkan, dan kemudian menyimpan fail di tempat lain pada pemacu anda.
Muat turun di http://www.piriform.com/recuva