Wednesday

Jelly Kelapa



Bahan-bahan ( lebih kurang 13 cup spt gambar di bawah )

  • 1 paket agar2 serbuk (10gm)
  • 2.6 liter air kelapa ~bersamaan 3 biji kelapa muda
  • isi kelapa muda
  • 11 sudu besar gula ~ mengikut citarasa masing2
  • 3 helai daun pandan

Cara-cara

  1. Masukkan air kelapa muda, serbuk agar2, gula dan daun pandan ke dalam periuk.
  2. Masaklah hingga mendidih dan masukkan isi kelapa muda. Padamkan api.
  3. Biarkan sejuk sedikit dan boleh lah dimasukkan kedalam bekas yg disukai.
  4. Sejukkan dlm peti ais dan bila dah sejuk bolehlah dimakan.
  5. Sekiranya air kelapa muda tidak mencukupi, bolehlah ditambah dgn air biasa untuk mencukupkan sukatan 2.6 liter.