Saturday

TIP AIR MATI & AIR BESAR

Sebagai pengail, kita perlu memahami keadaan air supaya dpt membuat persiapan yg bersesuaian dgn keadaan tersebut. Pemahaman tentang perkara ini sudah pasti memberi faedah yg besar dr segi peralatan, pemilihan teknik, kaedah memancing & lebih menjamin dr segi keselamatan serta keselesaan kita sewaktu memancing.

Pertama, istilah yg diguna pakai ialah air mati (air kecil) atau air besar (pasang besar).

Kedua, perbezaan diantara air mati dgn air besar ini hanya ketara diperairan Selat Melaka. Dikawasan lain, Pantai Timur perbezaan ini tidak begitu jelas, mungkin dipengaruhi olih faktor keluasan laut.

Ketiga, keadaan air juga dipengaruhi olih faktor2 yg tidak tetap & berubah2 spt pengaruh angin, hujan & musim.Kita ada belajar geografi, pasang surut air laut dipengaruhi olih peredaran bulan yg mengelilingi bumi & kita memahami bahawa graviti bulan adalah mempengaruhi pasang surut air laut.

Sifat utama keadaan air laut secara dasar bolih merujuk kpd kalendar islam utk menentukan bilakah kejadian ini berlaku & cuba menerangkan hubungannya dgn kegiatan memancing.Pada masa air mati perbezaan air pasang & air surut tidak ketara. Semasa kemuncak air mati perbezaan hanya diantara dua ke tiga meter sahaja. Perbezaan ini tidak tinggi, arus tidak laju, air laut biasanya sangat jernih, kerana dasar laut tidak digodak dgn kuat olih arus laut.

Sekiranya faktor angin tidak mempengaruhi keadaan laut, ombak tidak kuat, malah langsung tidak berombak, tenang spt air tasik. Keadaan ini sangat sesuai utk memancing terutama jika menggunakan sampan yg kecil.Bilakah keadaan ini berlaku?.

Olih sebab keadaan air dipengaruhi olih pergerakan bulan, cara mudah utk mengetahuinya berpandukan kpd kelandar islam (thn hijrah) atau kelandar tahun Cina kerana kedua2 kelandar ini adalah berdasarkan peredaran bulan.

Air mati berlaku dua kali dalam sebulan. Begitu juga dgn air besar. Air mati terjadi pd setiap suku bulan pertama setiap bulan; iaitu 7,8,9,10,&11 hb setiap bulan Hijrah & pada suku akhir bulan, ia itu 20,21,22,23&24 hb. Pada tarikh2 tersebut kita akan mendapati sifat2 air mati.

Air besar pula mempunyai sifat2 yg bertentangan dgn air mati. Perbezaan pasang surut sangat tinggi diantara empat ke enam meter. Arus sangat laju, air keruh berhampiran pantai pada masa air pasang & ombak sangat kuat terutama bila angin bertiup dr arah laut. Air besar berlaku pd akhir & awal bulan. Tempuh pertama ketika bulan penuh pada pertengahan bulan. Tarikhnya ialah 25,26,27,28,29,1,2,3,4,5&6 hb Hijrah. Tarikh kedua pula ialah 12,13,14,15,16,17,18&19 hb.

Berdasarkan drpd keadaan air besar ini, amat sukar bagi kita utk memancing. Arus sangat laju & kita terpaksa menggunakan batu pemberat yg besar dan sukar pula utk melabuh sampan. Ombak besar bolih membahayakan kita. Air besar, ikan tidak dapat bergerak bebas. Lubuk2 yg dapat dipancing juga terbatas.