Wednesday

Bagaimana untuk menambah jarak Julat Wifi


Jika anda menggunakan rangkaian wifi di rumah, tidak syak lagi terdapat had di mana anda boleh mengakses internet. Anda mungkin akan mendapat satu isyarat yang kuat di meja dapur, tetapi tidak di ruang tamu dan akan kehilangan isyarat.

Jika anda sedang mencari jalan untuk meningkatkan jarak isyarat atau mendapatkan isyarat yang lebih kuat sehingga ke bilik tidur,disini kami sedia berkongsi teknik yang mudah untuk anda disambungkan ke rangkaian wifi anda dari mana-mana lokasi di dalam rumah anda.

Pindahkan router anda:
* Mudahkan, tetapi ramai yang tidak menyedari bahawa lokasi dimana anda meletakkan router anda memberi perbezaan. Meletakkan router di bahagian tengah rumah adalah yang terbaik, tetapi anda terpaksa meletakkan router berhampiran sambungan internet.
* Pertimbangkan ketinggian router. Meletakkan router pada kedudukan lebih tinggi seperti di atas rak atau kabinet,mengurangkan gangguan yang mungkin dihadapi. Alih router untuk kedudukan terbaik seperti berhampiran pintu dan kawasan lapang dan bukannya pada dinding dan sudut. Isyarat Wifi bergerak melalui gelombang udara, tetapi perabot, dinding dan peralatan boleh melemahkan isyarat anda dengan ketara.

* Gangguan isyarat adalah penyebab yang terbesar jika wifi anda adalah lemah. Dinding dan halangan fizikal menyekat isyarat anda, begitu juga isyarat yang dipancarkan oleh mana-mana objek berelektromagnet di dalam rumah. Alih router anda dari apa-apa yang mungkin mengganggu: telefon tanpa kord, ketuhar gelombang mikro, pengawal permainan tanpa wayar, lain-lain peranti wifi (TV, dll), peranti Bluetooth, lampu flourescent dan lif.

Teknikal:
Sebaik sahaja anda telah menempatkan router anda di tempat yang ideal, lihat pada peralatan anda. Langkah-langkah seterusnya dapat membantu anda meningkatkan lagi isyarat WiFi anda.

* Tahukah anda router mempunyai saluran? Jika anda tinggal berhampiran dengan orang lain yang mempunyai rangkaian wifi, anda boleh menggunakan saluran yang sama dan merendahkan isyarat anda.
Untuk mengetahui jika anda "menyeberangi sungai" gunakan Stumbler WiFi atau inSSIDer untuk mencari saluran yang terbaik dan kurang trafik untuk router anda dipancarkan. Sebaik sahaja anda telah menemui saluran optimum, ikuti arahan berikut untuk memastikan router anda berfungsi dengan betul.

* Bergantung kepada model router anda, ia mungkin lebih perlahan daripada model-model baru. Naik taraf router lama jenis b atau g kepada router n untuk meningkatkan isyarat rangkaian anda dengan kos yang berpatutan. Sebuah router n boleh mengendalikan isyarat elektrik tempatan dan gangguan isyarat lebih baik daripada b dan g dan boleh menambah jarak julat.

* Fakta yang kurang diketahui: router standard 802.11n boleh beroperasi pada samaada band 2.4 GHz atau 5 GHz dan 2.4 GHz adalah jauh lebih baik untuk menembusi dinding. Jadi jika anda sudah mempunyai router Wireless-n dan perlu untuk melanjutkan lebih jauh, pastikan ia bersedia untuk menggunakan 2.4 GHz berbanding 5 GHz.
* Antena dalaman pada komputer riba sendiri anda boleh menjadi satu faktor dalam menetukan jarak isyarat di terima. Walaupun laptop anda mempunyai wifi tersedia, ia boleh di tambahbaik dengan memasang USB luaran, seperti gambar di bawah.

Ini juga boleh membantu komputer riba model terdahulu tanpa sokongan Wireless-N menikmati kelajuan yang lebih pantas dan tambahan jarak daripada router 801.11n.

Melaburlah dalam aksesori tambahan :
* Wifi repeater menguatkan dan memanjangkan isyarat tanpa wayar anda. Letakkan Wifi repeater dalam julat router wifi anda yang sedia ada dan ia akan memancarkan isyarat jauh mencapai lokasi di seluruh rumah atau pejabat anda. Secara teori ia boleh menggandakan jarak bargantung kepada keadaan semasa. keputusan sebenar cenderung untuk berbeza.


* Rangkaian Powerline menggunakan pendawaian elektrik di rumah anda untuk melanjutkan liputan Internet anda. Ini baik jika anda ingin mendapatkan akses Internet di dalam bilik belakang atau anda mahu menyambung konsol permainan TV lama. Pasang Powerline adapter ke router anda dan yang lain ke dalam palam elektrik. Kemudian di dalam bilik di mana anda mahu sambungan, plag powerline adapter lain ke palam elektrik – anda kini ada internet, anda juga boleh meletakkan router tanpa wayar kedua pada sambungan itu.


Memasang rangkaian alternatif powerline menggunakan power adaptor AC di rumah anda boleh menyelesaikan banyak masalah berkaitan penerimaan isyarat melalui sambungan tanpa wayar. Jika anda telah membuat keputusan untuk membuat pemasangan ini, pastikan anda membeli peralatan dari pengeluar yang sama untuk mengelakkan sebarang isu keserasian.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.