Majlis bermula dengan bacaan doa selamat oleh Alfadil Ustaz Hj Mat Akhir Hj Senawi. Seterusnya dengan ucapan dari yang berusaha Tuan Haji Saleh Mohamad selaku Pengerusi JKKK Kg Kuantan,Klang.
Diikuti dengan ucapan dari wakil Pegawai Pertanian Daerah Klang En Muhamad Kamal Abd Kadir. Menurut beliau, matlamat utama Program Bumi Hijau ialah untuk melibatkan penduduk negara ini bercucuk tanam dan menternak bagi mengeluarkan sendiri bahan makanan harian. Langkah ini juga diharap dapat meningkatkan bekalan bahan makanan negara disamping membendung kesan kenaikan kadar inflasi serta meringankan beban kewangan penduduk akibat kesan kenaikan harga barangan makanan.
Majlis di hadiri seramai 150 orang dan mereka ini telah diberi taklimat/kursus singkat pertanian cara-cara menanam sayur dengan betul oleh En Johari Yusof selaku Pembantu Kanan Pertanian Daerah Klang.
Seterusnya ucapan perasmian dari Ybhg Dato Ahmad Nawawi Dato M.Zin selaku Pengerusi Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen Shah Alam. Dalam ucapan beliau, YB Dato’ berharap agar program sebegini akan dapat mewujudkan kesedaran dan menggalakkan penduduk di kariah Kg. Kuantan, Klang ini mengeluarkan sendiri makanan segar, berkhasiat dan menerapkan amalan makanan dan pemakanan sihat. Di samping itu ia juga secara tak langsung dapat menyemai minat generasi muda terhadap bidang pertanian. Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen Shah Alam dan Jabatan Pertanian Daerah sedia membantu dalam bidang berkaitan.
Peserta-peserta kemudian telah di bekalkan benih (cili,terung,kacang panjang,bendi,sawi dll) baja, racun, polibag dan tanah hitam sebagai starter kit. Selepas dua minggu AJK JKKKP akan membuat lawatan untuk meninjau kemajuan peserta-peserta.
Beberapa gerai pameran berkaitan pertanian moden dan jualan anak benih dan produk IKS juga disediakan.
Majlis tamat jam 5.30ptg.
Seterusnya ucapan perasmian dari Ybhg Dato Ahmad Nawawi Dato M.Zin selaku Pengerusi Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen Shah Alam. Dalam ucapan beliau, YB Dato’ berharap agar program sebegini akan dapat mewujudkan kesedaran dan menggalakkan penduduk di kariah Kg. Kuantan, Klang ini mengeluarkan sendiri makanan segar, berkhasiat dan menerapkan amalan makanan dan pemakanan sihat. Di samping itu ia juga secara tak langsung dapat menyemai minat generasi muda terhadap bidang pertanian. Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen Shah Alam dan Jabatan Pertanian Daerah sedia membantu dalam bidang berkaitan.
Peserta-peserta kemudian telah di bekalkan benih (cili,terung,kacang panjang,bendi,sawi dll) baja, racun, polibag dan tanah hitam sebagai starter kit. Selepas dua minggu AJK JKKKP akan membuat lawatan untuk meninjau kemajuan peserta-peserta.
Majlis tamat jam 5.30ptg.
Untuk foto-foto berkaitan sila layari kamkuan.fotopages.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.