HEAVY MACHINE - MASIH BELUM BERAKHIR (1989)
Anggota Heavy Machine :
- DINO (Pemimpin, Trombone, Vocal)
- OLIE (Tenor & Alto, Flute & Vokal)
- AAN (Keyboard I, Vokal)
- AMIR (Keyboard II, Vokal)
- MAN (Bassist)
- LAN (Drummer)
- DIN (Lead Guitarist)
- NORIZAN (Vokal)
HEAVY MACHINE kini sudah pun berusia 31 tahun! Sejak ditubuhkan pada 1977, kumpulan ini kekal sebagai kumpulan muzik paling dicari dalam arena persembahan kelab dan pub, bukan saja di Malaysia, tetapi beberapa negara Asia lain.
Tiga puluh tahun lalu, ia dianggotai lapan pemuzik berbakat iaitu Jimmy Ali dan Ghany (gitar), Tajudin (deram), Md Shah (keyboard), Yembai (bass), Yatim (vokal dan trumpet), Dino (vokal dan trombon) serta Olie (vokal and saksofon).
Kumpulan seangkatan mereka termasuklah Alleycats, Revolvers, Strollers, Carefree dan Discovery. Namun, hanya kumpulan ini dan Alleycats yang kekal bersama, manakala anggota kumpulan lain, sama ada bergiat solo atau terus bersara.
Sepanjang karier mereka, Heavy Machine mempunyai 80 anggota kesemuanya dengan 25 daripadanya ialah penyanyi wanita. Norizan ialah penyanyi wanita pertama menyertai mereka, iaitu pada 1988.
Kini, hanya tiga anggota asal yang kekal iaitu Dino, Yatim dan Olie (ketua kumpulan). Mazlan (deram) turut dianggap anggota veteran berikutan pembabitan lebih 20 tahunnya bersama kumpulan ini. Selain dirinya, Jasmee (gitar) juga sudah bersama kumpulan ini sejak lapan tahun lalu.
Heavy Machine yang asal pernah menerbitkan empat album. Pada 1987, Gelombang Cinta muncul antara lagu paling popular. Pada 1989 pula, Saat Kau Hadir menjadi siulan. Selain itu, kumpulan ini pernah memenangi beberapa pertandingan, termasuk Pesta Kingsway 1989. Heavy Machine turut menerima anugerah Kumpulan Muzik Paling Lama Bertahan pada Anugerah Karyawan 2002.
Olie mendapat pendidikan awal di High School Klang dan merupakan anak jati Kampung Kuantan, Klang.
DULU
KINI
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.