HIJRAH
Sekiranya anda mengetahui pada bulan Hijrah anda dilahirkan, menurut
pengetahuan tradisional bulan itu mempunyai pengaruh yang tersendiri
terhadap perilaku. Dicatatkan bagi menambahkan pengetahuan
MUHARRAM
Bersifat pendiam, sihat fikirannya. Mungkin akan menjadi bodoh jika
tidak mendapat didikan yang sempurna, walaupun begitu, jika dididik
dengan baik, dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang pintar
cerdas ada padanya. Dia mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada
dalam selamat.
SAFAR
Tabiatnya buruk. Dia tidak suka mengakui kesalahannya. lbubapanya perlu
mendidiknya bagi menghilangkan tabiat buruk itu, jika tidak,
kehidupannya akan menjadi susah di kemudian hari. Walaupun begitu,
sekiranya dia melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya, selalunya
ianya akan mendatangkan hasil.
RABIULAWAL
Perwatakannya baik. Mungkin dia akan mendapat pangkat besar, menjadi
orang berpengaruh atau kaya tanpa diduga. Dalam pekerjaan ramai yang
suka. Sifat negatif dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras dan
mudah marah.
RABIULAKHIR
Perwatakannya jahat. Hatinya tidak tetap. Fikiran dan kemahuannya
lemah, buruk nafsunya, kasar wataknya, mudah mengangkat tangannya.
Kehidupannya menjadi sukar kerana tabiat buruknya itu. Ibubapa menempuh
kesukaran dalam mendidiknya.
JAMADIL AWAL
Dia mempunyai tingkat keyakinan yang tinggi. Dia berani dan nekad,
kadangkala melakukan sesuatu yang bahaya. Walaupun begitu, keberanian
dan tekadnya itu akan menunjukkan hasil usahanya, ada yang menemui
kegagalan juga.
JAMADIL AKHIR
Wataknya berani, dia hormatkan orang lain. Berbagai kepandaian ada
padanya. Apabila dia tahu bahawa dia salah atau keliru maka dia mudah
mengakuinya, tapi bila dia tahu dia benar, pendiriannnya keras dan tidak
mahu mengalah. Semasa kecilnya, ibubapanya perlu mendidiknya dengan baik
agar terserlah sifat-sifatnya yang baik itu, kerana jika betul
didikannya, masa dewasa ia akan menyenangkan kedua orang tuanya.
REJAB
Semasa kecilnya dia degil dan nakal. lbu bapanya patut mendidiknya
dengan baik agar dia dapat menerapkan nilai-nilai yang baik. Ketika
sudah dewasa, dia suka bersikap merendah diri dan bersikap tidak tahu
menahu. Ini agak berlainan dari sikapnya semasa kecil. Walaubagaimanapun
hidupnya selamat dan sentosa.
SYA'ABAN
Perwatakannya baik. Hidupnya selamat dan rezekinya tidak putus-putus.
Sewaktu kecilnya dia mudah mengalah semasa bermain dengan kawan-kawan.
Kelakuannya baik, berbudi bahasa hingga semua orang sayang padanya.
Masa dewasanya dia akan berjaya dalam segala kerjayanya danmudah
mendapat rezeki.
RAMADHAN
Dia baik, pendiam, suka merendah diri. Dia tidak angkuh kepada teman
yang dikenalinya. Dia tidak suka menonjolkan diriya. Kehidupannya selalu
selamat.
SYAWAL
Perwatakannya keras. Hatinya keras. Dia tidak suka dikalahkan oleh
orang lain. Hal ini membahayakan hidupnya, oleh itu ibu bapanya perlulah
mendidiknya dengan betul bagi menghilangkan tabiat buruknya itu. Jika
tidak kehidupannya menjadi susah kerana perangai keras hatinya, dan dia
selalu bergaduh terutamanya dalam hal mencari rezeki.
ZULKAEDAH
Perwatakannya pendiam. Banyak perkara baik pada dirinya berubah menjadi
buruk. Dia banyak berfikir, kerana sifat ini, satu hari nanti dia akan
mendapat hasil yang baik dalam kehidupannya. Tetapi oleh kerana banyak
berfikir, perbuatannya kadang kala menjadi keliru. Dia seharusnya
bertindak tanpa terlalu banyak berfikir untuk mendapat hasil yang yang
memuaskan.
ZULHIJJAH
Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika baik terlalu baik pula. Dia
sering mendapat padah dari perbuatannya sendiri. Dia sukar mengawal
perasaannya, kadangkala terlalu berlebih-lebihan atau sebaliknya. 0leh
kerana dia tidak dapat memberikan garis pemisah, dia sukar
mempertimbangkan baik buruk perbuatannya. Dia seringkali menyesal kerana
kurang hati-hati dan kurang pertimbangan
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.