Perangkap Nyamuk (Teknik mencegah Denggi)
Kaedah yang mudah dan menarik ini telah direka oleh sekumpulan kanak-kanak bijak di Sekolah Rendah Yong-An di Taipei, Taiwan (dengan bantuan guru mereka, Hsu Jia-chang [徐佳璋]).Bahan-bahan yang diperlukan:
Botol plastik 2 liter
50gm gula kasar (seperti gula batu dan sebagainya)
1 gm yis (ragi)
Termometer
Cawan penyukat
Pisau / gunting
Kertas atau kain berwarna hitam
Langkah 1
Potong botol di bahagian pertengahan. Simpan bahagian atas untuk langkah 4.
Langkah 2
Campurkan 200ml air panas dengan gula 50g dan biarkan sejuk hingga 40 ° C.
Langkah 3
Masukkan air gula di dalam botol dan tambah serbuk yis (ragi).
Anda tidak perlu mengaul - ia akan bertindak balas secara beransur-ansur dengan gula untuk menghasilkan CO2.
Langkah 4
Masukkan bahagian atas botol dengan kemas ke dalam bahagian bawah botol. Pastikan tertutup rapat dan ketat supaya yang CO2 yang dihasilkan hanya keluar daripada lubang botol.
Langkah 5
Balut keliling botol dengan kertas/kain hitam untuk menjadikan ia gelap di dalam. Letakkan ia di satu sudut yang gelap, sebaiknya di dalam suhu bilik yang lembab.
Dalam tempoh dua minggu, anda akan dapati sejumlah besar (kebanyakannya) nyamuk yang telah mati dalam perangkap anda.
sumber: http://www.flickr.com/photos/naruwan/151675034/
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.