Tuesday

TAPAI PULUT



Bahan-bahan

  • 1 kg beras pulut

  • 1/2 biji ragi- ditumbuk halus

  • Daun pisang atau daun getah atau daun keladi (bekas plastik pun boleh)

Cara-cara



  1. Tanak atau kukus pulut. (sukat pulut dengan cawan. Jika 5 cawan pulut maka air juga mesti 5 cawan, supaya pulut tidak lembik).
  2. Apabila dah masak masukkan pulut dalam dulang dan rata-ratakan.
  3. Biarkan pulut sejuk dahulu, kemudian barulah ayakkan ragi diserata permukaan pulut tadi, terbalikkan pulut dan ayakkan ragi dipermukaan yang belum kena.
  4. Setelah semua bahagian kena ragi, bungkuslah dengan daun pisang, peram 2 atau 4 hari.